Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Julai 2010

Aku dan bil hospital



Pernahkah anda bertanya kat doktor2 anda pasal bil2 yang dikenakan ke atas anda? Adakah anda terus sahaja bayar berapa sahaja yang diminta tanpa keraguan? Rasanya tak ramai yang berani bertanya kerana sesungguhnya doktor seperti aku malas nak berkira2 pasal harga dengan pesakit2nya. Tetapi tengoklah jumlah bil di atas. Banyakkan?

Bil di atas adalah rawatan untuk membuang tonsil ke atas seorang budak lelaki di sebuah hospital swasta di Johor. Kos pembedahan dan duduk wad sehari semalam dah hampir 7 ribu ringgit. Walaupun bapa pesakit tak bayar sesen pun sebab syarikat insuran yang bayar, padaku ianya sangat2 berlebih2an. Tengok berapa aje yang doktor dapat. Selebihnya untuk bil2 pengurusan termasuk "medical supplies" yang mencecah 3,500 ringgit. Agak2 medical supplies tu apa ye? Kalau diitemised mungkin harga untuk gauze yang digunakan, sarung tangan, drip set, branula, bed pan, O2 mask, syringe, needle,etc. Kalau aku boleh charged se detail itu, memang hujung tahun boleh jadi jutawan. Satu gauze 20 sen, sarung tangan sepasang 2 ringgit, drip set 10 ringgit, branula 50 sen, etc.

Walaupun doktor punya bahagian tak banyak mana, tapi ribu2 jugak tu untuk buang tonsil. Kenapalah aku tak sambung belajar sampai jadi doktor pakar dulu? Pesakit bukak pintu dan duduk kat kerusi, dah boleh charge 80 ringgit. Tanya apa khabar; lagi 10 ringgit. Tanya sakit apa; lagi 10 ringgit dan seterusnya. Alahai...

Ada 2 pengajaran di sini. Satu, sementara sihat belilah insuran kesihatan termasuk medical card dan dua, jangan setakat jadi doktor cabuk macam aku. Jadilah doktor2 pakar bedah untuk penghidupan yang lebih sempurna.

3 ulasan:

  1. life sekarang pun hokey kannn???
    :)
    yang penting... happy!!
    kita happy..famili happy..

    BalasPadam
  2. 1015 tu standard charge for Adenotonsillectomy. Surgeon biasanya dapat 80% dari amount tu. Kalau nak kira tolak income tax 20% ada la dapat 6 ratus setengah kat surgeon. Jual medical supplies lagi bagus la..

    BalasPadam
  3. Daripada 7 ribu, surgeon cuma dapat 650 sahaja?
    Alahai...tak berbaloi.
    Jom kita kongsi jual medical supplies?

    BalasPadam