Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Julai 2010

Aku dan darah tinggi

Hard to control high blood pressure

KUALA LUMPUR: Four out of 10 adults suffer from high blood pressure in Malaysia, but only 26% of them have it under control.

The direct and indirect costs of treating high blood pressure was estimated at RM2,719 and RM7,511 respectively per patient last year.

In addition, up to 85% of the patients may need multiple medications to help control their blood pressure, underscoring the need for more effective combination treatment.

Hypertension, or elevated blood pressure, indicates that the heart is working harder than normal, putting both the heart and the arteries under greater strain.

“As doctors, this is our biggest challenge – getting blood pressure under control in the first place, and then keeping it there,” said National Heart Association of Malaysia president Prof Dr Sim Kui Hian during a media briefing recently. — Bernama

Kebanyakan pesakit aku yang mempunyai darah tinggi tergolong dalam golongan orang2 yang degil. Mereka tak dapat menerima hakikat bahawa mereka dah ada penyakit dan perlu makan ubat sepanjang hayat. Mereka juga langsung tidak menghiraukan pasal pemakanan, pasal keperluan bersenam, mengawal stress dan berhenti merokok. Mereka juga tak mahu makan ubat mengikut peraturan dan perlu hadir ke klinik untuk follow up.

Mereka makan ubat ikut suka. Kalau kepala sakit baru nak makan ubat. ''Kenapa aku perlu makan ubat sedangkan aku tak sakit apa2?" " Badan aku biasa aje, kenapa mesti nak makan ubat hari2?" Itulah antara alasan2 yang biasa sangat aku dengar. Mereka ingat aku saja nak suruh dia ambik ubat daripada klinik aku supaya aku cepat kaya dan boleh pakai Odysey agaknya.

Kalau diberitahu darahnya tinggi, ramai pesakit memberi alasan kurang tidur, baru balik kerja, kerja penat, makan lebih dsbnya semata2 sebab tak nak makan ubat. Mereka lebih percaya cakap kawan2 bahawa makan ubat banyak2 nanti buah pinggang rosak dan kena dialisis. Mereka juga lebih percaya kepada vitamin2, jamu2, akar2 kayu dan ubat2 MLM yang harganya berpuluh kali ganda mahalnya tetapi jarang terbukti keberkesanannya. Mereka lebih risaukan pada nafsu kelakiannya yang makin kurang berbanding paras kolesterol dan darah tinggi yang makin naik. Memang ada sesetengah ubat darah tinggi yang mengganggu hubungan seksual tetapi darah naik takpa, jangan 'anu' yang tak naik. Ye tak?

Aku dah makin bosan menasihatkan pesakit2 yang degil2 ni. Pengaruh iklan di media massa dan kawan2 lebih kuat daripada pengaruh doktor. Aku dah pesan kat patient2 aku setakat check tekanan darah aku beri free consultation tapi berapa kerat yang datang tiap2 bulan untuk membuat pemeriksaan. Biasanya bila kepala dah sakit, kaki dah bengkak, muka dah herot atau tangan dah lemah, baru terhegeh2 datang jumpa aku.

Tapi yang sebaliknya pun ada. Sakit kepala mesti darah naik punya. Bila aku cakap darah normal, macam tak caya pulak mereka. Kadang2 tangan kanan check, lepas tu pindah tangan kiri pulak. Kalau masih tak caya jugak, aku check dengan mesin digital. Biar dia tengok dengan mata kepala mereka sendiri.

Sekarang ni kat mana2 pun orang boleh check tekanan darah. Kat TESCO Kulai ada mesin masuk duit dua ringgit boleh check tekanan darah. Pemeriksaan "percuma" pun banyak di kompleks2 membeli-belah. Siap boleh tolong interprete result lagi. Itu lebih, ini lebih, pendek kata semuanya lebih. Jadi, kalau nak kurangkan, kena beli multivitamin macam2. Satu untuk jantung, satu untuk aliran darah, satu untuk kolesterol, satu untuk hati, satu untuk buah pinggang. Nah kau! sebulan beratus ringgit untuk vitamin pencegahan. Mana2 yang takut mati muda, memanglah senang kena kelentong.

Malaslah nak cerita...

klik untuk baca cerita2 betapa mudahnya rakyat Malaysia kena kelentong dan kerajaan tak buat apa2.

2 ulasan:

  1. ramai yang percaya...duduk2 di 'mesin terapi'...semua sakit boleh baik...
    datang klinik...dah herot...

    BalasPadam
  2. Kat kampung saya, Ahli Parlimen siap sponsor mesin2 tu dan panggil semua orang2 kampung. Bapak mertua saya yg ada DM/HPT hari2 berjam2 duduk kat mesin tu. Nasib baik dia tak terpengaruh bila kena pujuk beli mesin tu...

    BalasPadam