Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Julai 2010

Aku dan free consultation

Aku ada satu patient. Lelaki Cina berumur menghampiri 50-an. Bekerja di kilang kayu sebagai supervisor. Beliau mempunyai darah 0-negatif dan menjadi aset utama kepada Bank Darah HSAJB. Kalau ada sesiapa di hospital memerlukan darah negatif, beliau akan dipanggil untuk menderma darah.

Sejak beberapa tahun yang lepas, tekanan darah beliau mula naik. Paras kolesterolnya pun sama. Beliau sering hadir ke klinik aku untuk memeriksa tekanan darah beliau. Beliau pernah berjumpa doktor di klinik2 lain yang mengesyorkan beliau supaya makan ubat darah tinggi. Memandangkan beliau sering menderma darah, beliau tak mahu makan ubat dan aku yang jadi mangsanya. Kadang2 setiap hari dia datang klinik aku untuk check tekanan darah dia. Padahal dia dah beli mesin digital untuk check kat rumah tapi dia tak puashati. Kat klinik aku suruh staf aku check pun tak nak. Dia nak juga masuk bilik aku dan kacau hidup aku.

Kalau BP dia normal, seminggu sekali dia datang tapi kalau naik, setiap hari dia datang sampailah BP dia turun. Aku suruh dia makan ubat dia tak nak. Dia selalu makan ubat2 sinseh, pergi akupuntur dsbnya tapi ubat moden dia tak nak. Aku cakap kat dia, kalau setiap kali dia datang aku charged 20 ringgit, aku dah boleh pakai Honda Odyssey dah. Tapi dia nak free aje. Cuma sesekali dia belanja aku minum kat warung mamak. Boleh gitu?

1 ulasan:

  1. kalau belanja kat Old Timer hokey jugak....kann...
    :)

    BalasPadam