Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Julai 2010

Aku dan hari ini dalam sejarah

Ini musim durian punya pasal. Orang tak pernah kena kencing manis tiba2 paras gula boleh naik sampai 20.1 mmol/L. Kalau tak kerana pesakit ini dirujuk kepadaku oleh pesakitku juga, tak kuasa aku nak buat operation kat pesakit ini. Inilah bisul/Carbuncle paling besar pernah aku potong. 15 cm x 15 cm. Seminggu lebih dia simpan kat rumah dengan menyapu dedaunan untuk mengecutkannya tapi pisau ditanganku sahaja yang boleh menyembuhkannya.
.
Ini keadaan belakang pesakit ini sebelum aku buat operasi potong dan picit. Kalau diikutkan aku patut hantar ke hospital untuk pembedahan yang lebih sempurna tetapi memandangkan aku dah putus harap dengan staf2 hospital, terpaksalah aku buat sendiri. Aku dah cakap dengan pesakit aku buat sekadar yang termampu dan dia setuju. Mati hidup balik pun dia tak nak ke hospital.

Kira2 300ml nanah+ darah berjaya aku keluarkan dalam masa 20 minit.

Aku potong kecik aje, 2cm x 2 cm. Kulit tebal daa. Scapel blade pun tak lut. Esok kena datang balik untuk dressing dan tengok paras gulanya semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan