Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Julai 2010

Aku dan Mood Hari Ini

Aku sedikit bengang hari ini. Macam2 hal berlaku sejak isnin yang lalu. Macam2 masalah patient aku kena selesaikan. Sampai hari Jumaat aku dah tak tahan dah. Nak masuk klinik pun malas. Keluar klinik tengahari tadi, ada satu Estima hitam parked sebelah kereta aku.





Tengok sport rim dia. Pergh! Kalaulah pasang kat kereta aku...





Jadi petang ini aku ponteng tak masuk ofis. Aku temankan wife ambik report card sekolah ugama anak2 aku. Rasanya cuma aku sorang yang datang suami isteri. Yang lain2 cuma ibu2 atau bapak2 dengan anak2 kecik masing2. Ramai juga ibubapa yang aku kenal. Toleh sana, toleh sini, semua patient2 aku.



Hilang sikit kebengangan aku bila ustazah komen yang baik2 aje pasal anak2 aku. Tapi anak lelaki yang bungsu memang tak berubah. Walaupun boleh belajar tapi kuat main dalam kelas dan malas menghafal. Ayat2 Quran ustazah suruh hafal, dia tak hafal. Dah failed satu subject. Namun begitu ustazah dia kata dia rajin dan berani bertanya. Susah nak control anak2 lelaki ni.




Sebelum balik rumah, aku singgah ke TJMart sekejap. Cari barang2 dapur sikit. Memang betul, barang2 sekarang memang mahal. Dulu bawang putih cuma RM2.50 sekilo, sekarang dah RM7.90. Dulu kentang baru RM1 sekilo sekarang dah RM2.80. Ikan segar jangan ceritalah. Dulu boleh dapat RM 4-5 sekilo, sekarang semuanya dah double.

Nampaknya aku kena review balik harga consultation fee aku. Bukan sebab harga kentang dan bawang putih dah naik, tapi nak pasang rim 18" punya pasal. He he he.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan