Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Julai 2010

Aku dan hari ini

Demi Nasi Ambeng, aku sanggup drive ke rumah emak aku untuk makan tengahari di sana. Sebagai berketurunan Jawa, ini adalah resepi favorite aku terutamanya jika emak aku yang masak. Sambal goreng dan kerabu pucuk ubi adalah yang paling aku suka. Apatahlagi kalau makan atas daun pisang.

Lepas kerja, aku terpaksa memenuhi permintaan pesakit aku untuk melawat sedaranya yang baru keluar daripada wad. Kg Sri Gunung Pulai kira luar kawasan aku tetapi apa nak buat. Dah dipaksa dalam rela. Aku jarang menghampakan harapan orang.


Ini keadaan kaki pakcik yang berusia 70 tahun. Beliau menghidap diabetes dan lebih banyak menghisap rokok berbanding memakan ubat. Aku buat mana yang terdaya. Aku tak jangka umurnya dapat melihat kakinya sempat sembuh sepenuhnya. Ada lima pemetik api kat atas mejanya. Ubat diabetes aku langsung tak nampak.

Sebelum maghrib, aku sembang2 sambil makan malam di Gazebo Place dengan Ezanee dan Neil Amri. Bila 3 lelaki bertemu, cerita yang paling menarik semestinya pasal kereta, komputer, kamera dan kawan2. Takda gosip2 punya. Neil Amri adalah kawan lama aku yang sekarang sedang buat subspecialised training di Singapore. Dia datang bermalam kat rumah aku. Kesian dia, takda kawan di Singapore. Ada 4 bulan lagi sebelum berpindah ke Australia pulak.

Nasi Padprik Ayam.

Nasi Goreng Kerabu dan Jus Tembikai.

Aku tak sempat nak menemuramah tauke kedai dan merasai hidangan2 yang lain. Lain kali cerita pasal Gazebo Place ni.

Lepas Isyak, aku bawak Neil dan anak2 tengok wayang Sorcerer's Apprentice di Kulai Hypermarket. Cadangnya nak ke TGV Tebrau City untuk tengok Despicable Me tapi tak sempat. Banyak sangat halangannya.

Akan datang dan wajib tonton: Angelina Jolie.

Juga wayang untuk budak2 lelaki, Avatar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan