Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Julai 2010

Aku dan Honda Odyssey Siri 4



Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
  • Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.
  • Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.
  • Generasi ketiga pula adalah jenis terbaru yang diimport oleh syarikat2 kereta terpakai menggunakan lesen AP. Ianya adalah buatan antara tahun 2003 hingga 2008 dan jenis inilah yang menjadi buruan sekarang. Ianya menggunakan enjin 2.4L iVTEC yang sama digunakan oleh kereta Accord. Kod RB1 untuk pemanduan 2WD manakala RB2 untuk pemanduan 4WD. RB3 adalah yang terbaru yang menggunakan enjin 3.0L.
  • Kebanyakkan kereta2 recond yang dibawa masuk sekarang adalah untuk buatan selepas tahun 2005. Harga untuk tahun 2005 ODC Absolute sekitar 14oK dan tambahan 10K untuk tahun 2006 dan lagi 10K untuk tahun 2007. Untuk non-absolute tolak sekitar 8K bergantung kepada extra specs yang ada.
  • Seperti Estima, Odyssey ada 4 jenis iaitu S, M, L dan Absolute. Tidak terdapat perbezaan yang banyak dari segi luaran atau enjin tetapi extra specs dalaman yang membezakannya. Jenis S adalah basic sahaja manakala M dan L kadang2 ada Modulo/Mugen bodykits. Absolute datang dengan Aerokit yang membezakannya dengan jenis2 yang lain.
  • Type M guna steering PVC/Getah sahaja manakala Type L guna steering kayu.
  • Enjin RB1 dikatakan lebih power dan lebih jimat minyak manakala RB2 yang guna pemanduan 4WD lebih stabil diselekoh tetapi makan lebih minyak. RB2 juga lebih mahal harganya.
  • Ciri2 yang perlu ada pada Odyssey Absolute dan Type L ialah:
  1. AFS ( lampu depan ikut belok bila steering dibelokkan)
  2. Baris ketiga tempat duduk boleh lipat secara elektrik.
  3. Recaro front seat.
  4. Electric driver seat.
  5. Keyless entry+ start.
  6. Sunroof.
  7. HDD Navigation+TV+Reverse camera.
  8. AUX DVD Player+ Screen untuk penumpang.
  9. Acculief premium sound system.
  10. Leather seats.
  11. 10 Airbags.
Sebelum pergi survey ke kedai2 Odyssey dan untuk elak pening kepala:
  1. Setkan budget.
  2. Pilih nak warna apa.
  3. Listkan specs yang wajib ada.
Kalau ada budget terlebih dan nak rasa kereta baru, pergi aje ke Honda Malaysia. Mereka ada brand new Odyssey tahun 2009. Rasanya hanya Type L with full specs sahaja dan harganya 230K. Selamat shopping...

9 ulasan:

  1. minyak mcmane?save bduget x odyseey ni?

    BalasPadam
  2. kalau nak save minyak jgn tengok kereta macam ni..hehe

    BalasPadam
  3. salam nk tnya,ada yg sy tengok speedo meter dia ada yg 180 dan ada yg sampai 220.apa bezanya tu??

    BalasPadam
  4. so far dah pakai ODyssey RB2 model 2006 Absolute... dari segi minyak .. kalo anda pakai WAJA 1.6 auto ... bole la kire RB2 saya lebih jimat (pasal saya pakai WAJA sebelom nie..)for 40ltr (Ron95) bole gerak around 350km.. manakala waja saya dulu utk 350km saya guna dlm 50ltr.. dgn cara pemanduan yg sama...


    speedo meter max 180km/h pasal jepon punye kereta semua macam tu... hatta pakai GT-R R34 pon macam tu.. pasal ECU ader Cut-Off kat 180k.h... utk lebih kene pasang acc. yg bole buang Cut-Off tersebut...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Salam, bro nk khidmat nasihat, sy berminat nk bli sbuah estima/oddyssey ni.. bjet dlm rm15k,dpt la yg model tahun 1998 ke bwh..cuma xpasti dri sgi maintainen ,sparepart.. model mana yg pling kos rendah..tq

    BalasPadam
  7. sapa2 berminat nak pakai rb-2 2006.condition bagus.sila call saya 0196262846.nak tolak dengan harga yang berpatutan.reg 2011.

    BalasPadam
  8. sapa2 berminat nak pakai rb-2 2006.condition bagus.sila call saya 0196262846.nak tolak dengan harga yang berpatutan.reg 2011.

    BalasPadam