Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Julai 2010

Aku dan hujung minggu


Selepas pasang kasut baru, aku terus test drive Estima aku dengan ronda2 sampai ke rumah emak di Bukit Besar dan emak mertua di Bandar Tenggara. Tayar YOKOHAMA dan rim Alphard ni memang cukup selesa. Walaupun hujan dan jalan berlubang2, aku masih boleh speeding lagi.

Anak dan cucu2 abah yang duduk jauh2 semuanya balik untuk melihat keadaan abah yang dah beransur pulih. Paras gulanya dah turun sekitar 10 mmol/L. Yang paling seronok tentulah anak2 aku yang dapat berjumpa kawan2 untuk bermain bola sepak dan gelak2.

Tengahari tadi, Sani Alakazam dari MEOG called aku. Dia ajak aku ke perjumpaan mini bersama2 geng myestima.com di Restoran Ani Sup Utara, Taman Universiti. Ada sekitar 10 buah Estima disusun berderet depan restoran masa aku sampai. Memandangkan aku datang lambat, tak sempat aku nak take photo kereta2 diaorang. Aku hanya sempat ambik gambar kereta En YusufSG yang datang daripada Singapura. Pertama kali aku jumpa dia di Taman Tampoi Indah kira2 3 tahun yang lalu. Dia masih ingat kat aku lagi walaupun selepas perjumpaan pertama, langsung tak pernah contact2.

Ada cerita menarik mengenai MEOG dan myestima.com ni. Walaupun aku jenis tak aktif dalam forum ataupun aktiviti2 mereka, sedikit sebanyak aku tahu apa yang sedang berlaku. Tapi aku malaslah nak cerita kat sini.

Tuan punya restoran tempat perjumpaan ini adalah salah seorang ahli myestima.com. Aku dah tanya tentang makanan istimewa kat restorannya tetapi aku tak sempat nak rasa. Bila tengok Estima model terbaru En YusufSG punya, aku jadi kenyang dah. Tapi insyaAllah lain kali aku datang bersama2 famili dan beri komen kemudian.

Lepas perjumpaan, aku kena bawak bodyguard/escort aku ke Johnny untuk makan aiskrim, beli komik di MPH dan beli DVD Upin dan Ipin di Speedy Video. Aku sempat merasa kerusi urut OSIM yang terbaru dan belek2 majalah kamera di MPH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan