Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Julai 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku tak rasa diri aku bagus sangat. Aku juga tak rasa diriku perfect. Tetapi setiap kali aku tengok pesakit2 aku, aku cuba menjadi yang terbaik. Aku cuba sedaya upayaku untuk menolong dan membantunya. Aku tak mengharap semua pesakit2ku mengikut sepenuhnya nasihat2ku. Tapi aku harap setiap kali mereka datang jumpa aku, mereka balik dengan rasa gembira dan senang hati. Padaku, aku tak perlu beri ubat mahal2 kat pesakitku supaya mereka kekal sihat. Yang penting ialah menolong mereka memahami dan menjaga kesihatan mereka seterusnya mencegah penyakit daripada datang. Kadang2 dengan sedikit nasihat, pesakit tak perlu makan ubat macam2 untuk kembali sihat.

Semalam ada satu makcik sekampung dengan emak bapak aku datang jumpa aku. Dia dah ada penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolesterol semenjak lebih 10 tahun yang lalu. Dia biasanya ambik ubat kat klinik kesihatan sahaja. Setiap kali pergi, mesti kena marah dan bebel dengan nurse sebab gula dan darah tingginya tak nak turun2. Walau macamana dia pantang sekalipun, masih tak nak turun jugak. Nurse selalu takut2kan dia pasal potong kaki dan rosak buah pinggang.

Dia datang jumpa aku dengan bawak bekalan ubat2annya. Ada 6 jenis semuanya.
" Makcik dah jemu makan ubat ini. Dah bertahun makan pun masih tak nak turun2 jugak gula dan tekanan darah makcik. "
" Makcik nak tukar makan ubat doktor pulak. Mahal pun mahallah. Janji sihat."
" Makcik dah malas nak ke klinik kerajaan lagi. Asyik kena marah aje dengan nurse."
" Macamlah makcik ni budak2 kecik."
Ini antara luahan perasaan makcik tersebut.

6 jenis ubat. 2 untuk darah tinggi, 2 untuk kencing manis, satu untuk kolesterol dan satu lagi untuk cairkan darah. Ubatnya ada yang kena makan sekali, ada yang 2 kali dan ada yang 3 kali. 6 jenis ubat selama 10 tahun. Satu yang aku pasti ialah makcik ni tak makan ubat dengan betul. Bekas ubat2nya bercampur aduk. Aku tak yakin dia boleh ingat betul2 mana yang nak makan pagi, makan petang, makan tengahari dan makan malam. Tapi aku tak cakap kat dia. Karang makcik tu merajuk pulak denganku.

Bila aku check buku rekod dia, bukan doktor yang periksa dia setiap kali rawatan. Pembantu perubatan sahaja yang padaku langsung tak merawat pesakit. Dia cuma sambung aje list ubat yang makcik tu makan. 6 jenis sehari selama 10 tahun.

Faktor compliance adalah penting dalam penjadualan ubat terutama kepada makcik2 dan pakcik2. Aku prefer ubat2 yang makan sehari sekali ataupun maksimum 2 kali. Senang nak ingat dan pastinya dimakan ikut jadual. Jadi, aku tukar terus ubat makcik ini. Darah tinggi makan sejenis sekali sehari dan kencing manis sebiji 2 kali sehari. Waktu sarapan sekali dan waktu makan malam sekali. Ubat cairkan darah aku berhentikan tetapi ubat kolesterol aku suruh dia makan sebiji sekali sebelum tidur. Mudahkan?

Makcik2 dan pakcik2 ini manusia juga. Mereka mana nak dengar nasihat orang lain terutama yang lebih muda daripada mereka. Bapak aku sekadar contohlah. Walaupun anaknya, doktor. Dia pun jarang mendengar nasihat anaknya. Rokok tetap rokok. Air manis sudah mesti. Jadi, kenalah nasihat sikit2. Jangan asyik nak dimarah aje. Kecik hati makcik tu. Kena beri semangat kat mereka walaupun paras gulanya tinggi dan tekanan darahnya tang tu jugak. Aku percaya, makcik ni boleh berubah.

Semalam juga ada satu lagi pesakit. Lelaki awal 40-an. Dia ni memang sah ada darah tinggi. Bila dia ke klinik swasta di bandar, doktor pun beri dia ubat darah tinggi. Lelaki ini kerja kilang dengan gaji sekitar 1500 sebulan. Dia bukanlah tauke besar dengan BMW panjang menjalar. Tapi doktor beri dia ubat yang harganya 5 ringgit sebiji. Macam nak pengsan bila kena bayar bil seratus lebih.

Pada aku, itu tak adil kepada pesakit. Niat memang betul sebab nak beri ubat terbaik kepada pesakit tetapi tak semestinya ubat yang mahal tu sesuai untuk pesakit dan poketnya juga. Kalau gaji 10 ribu sebulan, ubat seratus lebih tu kira OKlah tapi kalau gaji seribu lebih, beri yang 15-20 ringgit cukuplah kan?

4 ulasan:

  1. Salam kenal, simpati plak baca luahan makcik tu.

    Promosi ESULIN ; Herba Kencing Manis

    BalasPadam
  2. Bab ubat yang bnyk jenis dan byk kali makan tu kadang2 terpaksa la, kat gov klinik ni Mo biaa takleh nak precribe ubat yang best2 sikit, kena tunggu refer FMS. Dan FMS punya appointment pun selalunya penuh... Tp bab asyik pembantu perubatan aka MA jer yg tengok makcik tu memang tak patut la, kalau dah 10 thn langsung tak penah Dr tengok memang patut la makcik tu fed up...sbb MA memang akan hanya sambung ubat, tak boleh nak adjust atau tambah, patutnya dia refer back to Mo if makcik punya sugar dan BP uncontrolled

    BalasPadam
  3. Mama2Q,
    Dah hampir 10 tahun ditinggalkan.
    Tapi suasana di PK tak pernahnya berubah.
    Saya tak pernah salahkan staf.
    Saya salahkan sistem.

    Salam perkenalan.

    BalasPadam
  4. Salam Dr. Saya biasa dengar cerita mcm yg Dr ceritakan di atas. Ada satu kes tu pesakit jantung yang telah 15 tahun ambil ubat jantung, endup membawa kepada kematian. Mohon share pengalaman doktor dgn rakan2 fb saya.

    Johara Ghazali (fb)

    BalasPadam