Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Julai 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

TERKINI! INI KEPUTUSAN UJIAN DARAH MAT BANGLA TU. NAMPAK MACAM DENGUE SEBAB PLATELET CUMA 78 000 TETAPI TOTAL WHITE PUN NAIK JUGAK. MUSYKIL2. TAPI BILA AKU CALL SUPERVISOR DIA, DIA KATA MAT BANGLA DAH OK. MUNGKIN DARAH DIA BEKU(AGGLUTINATE)SEBAB AKU LAMBAT MASUK DALAM BOTOL EDTA AGAKNYA.





Gambar2 ini diambil dengan kebenaran pesakit.

Ada beberapa kesimpulan boleh diambil dengan melihat gambar2 di atas:
  1. Aku dah tak percaya kat Unit Kecemasan Hospital daerah. Pesakit di atas aku syak kena Denggi sebab dah 3 hari demam tak baik2. Hari ini demamnya 38.5 dan tekanan darahnya cuma 90/50 dan nadi 90/min. Kan hari ini hari Sabtu. Aku tak tahu apa akan jadi kalau aku rujuk kepada mereka. Jadi aku ambik darah FBC dan masuk drip 2 pint. Selepas dapat keputusan ujian darah baru aku nak rujuk ke hospital.
  2. Mat Bangla ni macam seronok pulak dapat masuk drip. Kawan dia siap ambik gambar dan rakam dalam video sekali. Nak hantar kat kampung gamaknya. Pada aku, lantaklah. Janji korang bahagia dan tak ganggu kerja2 aku.
  3. Aku masih lagi expert set IV line. Sekali cucuk aje dah masuk. Walaupun dah lebih 7 tahun aku tinggalkan Unit Kecemasan, aku tak karat lagi.
  4. Lawa jugak warna kuning kat dinding tu ya? Cuma barang2 kat bilik rawatan tu berserabut sikit. Nak kena kerah staf aku untuk mengemas nampaknya. Kalau ikut akta, sinki tu kira failed. Dia nak yang stainless steel dan kepala paipnya boleh gerakkan dengan siku. Tapi selagi mereka belum datang kacau aku, aku biarkan dulu. Bajet belum ada daa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan