Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Julai 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit#1:

Dia ni aku dah kenal lama sangat. Dulu dia selalu datang membawa anak2 dia ke klinik aku. Mula2 dia rajin gak jumpa aku untuk tanya itu ini tapi selepas itu dia jadi doktor sendiri. Dia datang dan ambik ubat2an aje tanpa melalui aku. Dalam 2 tahun kebelakangan ini dia aktif dengan perniagaan direct selling jual ubat2 vitamin. Dia ada promote barang2 dia kat aku tapi aku cakap aku tak berminat. Dia juga pernah beritahu aku dia dah naik pangkat dan dapat ke luar negara secara percuma.

Rasanya dah lebih setahun dia tak jumpa aku. Anak2 dia semuanya sihat2 dengan makan segala macam vitamin yang dia ada. Dia pernah cakap denganku anak2 dia termasuk dia makan 10 jenis vitamin setiap hari. Sebab tu semua anak2 dia sihat2. Aku tak pernah tanya berapa duit dihabiskan sebulan untuk beli dan makan vitamin2 itu.

Entah mimpi apa, malam ini dia nak jumpa aku. Dia nak tanya pasal anak sulung dia yang demam dah 2 minggu tak baik2. Bila aku check anak dia memang demam. Dia siap marah anak dia sebab tak makan vitamin yang dibekalkan. 10 jenis tu. Yang aku bengang dia sibuk mengajar aku pasal ubat2 moden ni banyak racun dan tak bagus untuk kesihatan. Painkiller dan antibiotik pun sama. Habis, aku nak beri ubat apa? Daripada kau membebel ajar aku pasal ubat2 moden, baik kau balik dan makanlah ubat2 vitamin kau tu.

Sebenarnya anak dia yang dah jemu makan vitamin macam2. Aku tengok muka anak dia aku dah tahu dah. Kesian aku kat dia. Penghabisannya, aku beri ubat yang aku nak beri. Kau nak beri anak kau makan atau tidak itu terpulanglah.

Pesakit #2:
Korang ingat lagi budak yang kena paraphimosis tempohari? Malam ini emak dia datang lagi jumpa aku. Kelam-kabut dia beritahu aku anak dia 'kena lagi'. Dia dah bawak anak dia ke hospital pakar seperti diarahkan. Memandangkan wad penuh masa tu, anak dia tak disunatkan. Manual manipulation dibuat dibawah sedar di bilik kecemasan sahaja. Lepas tu dihantarnya balik ke rumah.

Bila aku check, memang betul. Ianya berulang kembali. Tapi keadaannya belum bengkak lagi. Jadi tanpa perlu sedation, dengan sedikit jampi serapah dan tangan magis aku, aku betulkan balik. Suka betul emak dia aku tengok. "Kalau jadi lagi macamana doktor?". Kan bapak dia ada. Kalau belum bengkak, suruh bapak dia buat. Tapi kalau tak boleh, datanglah cari saya.

Pesakit#3:
Korang ingat lagi pasal pesakit tua yang aku aku buat home visit tempohari? Pesakit tu masih hidup lagi. Sekarang ni dalam proses menjual tanahnya di Seberang Prai bernilai 900 ribu ringgit. Bukan aku nak cerita berapa bahagian yang aku dapat. Tapi kisah anak sedara yang menjaganya. Dia nak aku tolong certified yang emak sedaranya tu sihat dan masih waras sebab mereka nak emak sedaranya tu sain satu dokumen pasal 'surat kuasa' dsbnya. Ada kait2 dengan lawyer, pesuruhjaya sumpah dsbnya.

Macamana tu ye? Serba-salah aku dibuatnya. Kalaulah surat tu dipertikaikan kemudian hari, pasti dengan aku2 sekali kena masuk court. Maklumlah, bukan sikit nilai hartanya. Pasti ada sedara-mara lain yang tak berpuashati.

Aku cakap kat dia aku mintak tangguh beberapa hari sebab aku nak tanya pendapat lawyer aku. Aku kan ada insurans MPS? Aku nak tahu sama ada aku layak tak untuk certified mental condition seseorang atau perlukah seorang doktor pakar ataupun lebih daripada seorang doktor. Kalau aku kena masuk court, masak aku kena goreng dan cincang oleh lawyer belah sana. 900 ribu bukan sikit beb!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan