Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Julai 2010

Aku dan Buka Klinik Sendiri 1.0

Sebelum Akta 586 dikuatkuasakan, sesiapa sahaja boleh bukak klinik. Walaupun anda bukannya doktor tapi anda ada duit banyak, anda masih boleh bukak klinik. Anda boleh set up satu klinik dan upahkan mana2 doktor samada yang ada lesen atau tidak untuk menjaganya. Dan lagi, kalau kat satu kawasan tu selang dua pintu dah ada klinik, anda boleh bukak satu lagi kat situ jugak. Tetapi semenjak ada Akta 586 ini, segalanya dapat dikawal selia. Tiada sesiapa boleh bukak klinik sewenang2nya.

Syarat paling utama untuk membuka klinik ialah anda mestilah seorang doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Anda juga mestilah telah menjalankan compulsory service di hospital kerajaan. Kalau dua syarat ni dah dipatuhi, barulah boleh anda pergi ke mana2 pejabat Kesihatan Negeri untuk mengambil borang A dan seterusnya mengisi borang tersebut dalam 2 salinan. Dokumen2 yang wajib dikepilkan bersama ialah salinan kad pengenalan, Sijil Amalan Tahunan, Sijil Pendaftaran Penuh, Ijazah, Surat Akuan Bersumpah dan yang tak kurang pentingnya pelan klinik.

Pelan klinik menjadi rumit untuk klinik2 yang belum dibuka kerana ukuran pintu depan, pintu bilik air, saiz bilik rawatan, lokasi sinki, lokasi tong pemadam api semuanya mereka nak tahu. Tapi jangan pening kerana kontraktor yang buat ubahsuai yang dah biasa dengan kerja2 ni lebih arif daripada kita. Pegawai2 di Kementerian Kesihatan pun boleh diajak berbincang. Biasanya pegawai2 tersebut akan datang melawat klinik semasa proses ubahsuai dan mereka akan memberi cadangan/teguran apa2 yang patut.

Untuk proses pendaftaran, yuran sebanyak RM500.00 dikenakan dan bila permohonan diluluskan yuran sebanyak RM1000.00 perlu juga dibayar. Untuk apa duit2 tu aku pun tak tahu.

Sebelum anda nak berhenti kerja dengan kerajaan dan bekerja sendiri di klinik sendiri fikirlah masak2. Kerja kerajaan makin selesa dengan gaji yang semakin besar dan elaun yang semakin banyak. Waktu kerja juga fleksibel dan anda masih boleh curi tulang selalu jika pandai 'kautim' dengan kawan2.

Bila anda dah kerja sendiri, kehidupan anda terbatas. Walaupun dah takda lagi on call, waktu kerja anda sekurang2nya 10 jam sehari. Kadang2 hujung minggu atau cuti am pun, anda kena kerja juga. Nasihat saya, anda tentukan waktu kerja anda sendiri. jangan biarkan pesakit menentukan waktu kerja anda. Seboleh2nya hari minggu dan hari2 cuti am, tutuplah klinik. Tak guna buka 24 jam 7 hari seminggu tapi anda kerja setengah mati sorang2. Lainlah kalau ada partner. Boleh kerja bergilir2.

Sebelum anda berhenti kerja, pastikan anda punya simpanan yang cukup untuk keperluan anda dan keluarga dalam tempoh 3 bulan akan datang. Ini kerana kehidupan 3 bulan yang pertama adalah perit bila anda lebih banyak masa mengira cicak di siling daripada mengira jumlah pesakit yang anda rawat sehari. Kalau isteri/suami anda bekerja juga itu dah kira OK. Taklah anda terkapai2 seorang diri bila anda kesempitan dan bisnes belum berkembang.

Jika anda nak berhenti kerja, jangan terus beri notis 24 jam. Nanti anda kena bayar penalti. Seelok2nya ambik cuti tanpa gaji dalam 6 bulan atau setahun. Dan selepas 3 bulan dan rasa selesa, barulah hantar notis berhenti kerja. Anda tak kena penalti apa2. Tapi kalau lari daripada perjanjian 10 tahun dengan kerajaan, itu cerita lainlah.

Sebelum berhenti kerja, belajar2lah buat locum dulu. Belajar2lah teknik2 dan taktik2 merawat pesakit2 luar. Belajarlah tentang ubat2an yang bagus/tak bagus untuk klinik anda. Belajar juga tentang akta2 buruh, KWSP, SOCSO, tanggagaji staf dan hak2 mereka. Semua itu tak diajar masa kat U dulu. Mahirkan diri dengan teknik2 menjahit luka, membuat dressing juga menggunakan mesin ultrasound. Semua itu plus point untuk klinik anda nanti. Juga masa anda buat locum, selalulah perkenalkan diri anda kat pesakit2 anda. Suruh mereka ingat nama anda. Kalau mereka rasa anda bagus, mereka pasti akan cari anda lagi.



17 ulasan:

  1. Salam dr..saya student lg..cuma nak tanya..after 5tahun mbbs..berapa lama saya boleh buka klinik sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Compulsory service as Houseman- 2 tahun.
      Compulsory service as MO- 1 tahun.
      So kalau takda ikatan dengan JPA,
      lepas 3 tahun ler.
      Kalau ada perjanjian dgn JPA,
      kena tunggu lepas 10 tahun.

      Padam
  2. Owhh lepas 3tahun dah boleh ye..kalau nak sambung belajar pun lepas 3tahun tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 tahun di hospital kerajaan.
      Tak cukup pengalaman utk buka klinik sendiri.
      Banyak lagi perlu dipelajari.

      Nak sambung belajar pun sama.
      Peluang makin mengecil.
      Kena ikut giliran.
      Kena ikut seniority.
      Kena dpt sokongan ketua jabatan.
      Kena panggil interview.
      Semuanya tak semudah dulu.

      Tapi pelajar2 cemerlang.
      Takda masalah.
      Tiada halangan untuk terus maju.

      Awak belum kerja kerajaan lagi.
      Banyak sangat politiknya.

      Padam
  3. As salam dr. :)
    Kalau ada plan nk renovate klinik sedia ada ataupun nak bukak klinik baru either branch or relocate, company sy ada provide full package. once u appoint us, Dr boleh teruskan dengan bisnes sedia ada dan sy akan setelkan semua iallah.
    dari set up clinic, furniture clinic and also medical equipmet.
    Kalau Dr nk order peralatan shj pun boleh.
    Ada masa2 free boleh lah layari laman web company www.beamformer.net.
    Atau boleh hubungi sy untuk info lebih lanjut.
    Free Consultation.
    Aiza ; +6019-952 0049
    aiza@beamformer.net
    TERIMA KASIH.

    BalasPadam
  4. As Salam Dr. :)
    Kalau berminat nk relocate / buka branch baru / renovate klinik sedia ada boleh hubungi sy ;
    SITI NOR AIZA
    +6019 - 952 0049
    aiza@beamformer.net
    www.beamformer.net
    FULL PACKAGE.

    nak order peralatan klinik je pun boleh.

    BalasPadam
  5. Assalam...apa beza kalau buka klinik sebagai klinik xxx, atau sebagai klinik xxx sdn bhd? Kalau ada share partner, kena sdn bhd ke? Satu lg, kalau ambik cuti tanpa gaji dulu layak ke apc utk buka klinik? Terima kasih

    BalasPadam
  6. if kite nk buka klinik yg mcm klinik sulaiman mcm tu.... bagaimana ye?

    BalasPadam
  7. if kite nk buka klinik yg mcm klinik sulaiman mcm tu.... bagaimana ye?

    BalasPadam
  8. Jika berminat utk setup klinik dari zero sehingga klinik sedia beroperasi atau ubahsuai klinik sahaja boleh hubungi kami.
    Semua urusan kkm, majlis dll akan diuruskan oleh pihak kami.

    startyourownclinic@gmail.com
    +6.011.3200.0190

    BalasPadam
  9. Salam tumpang Tanya saya ada medical degree tp xda apc sbb saya xhabis ho..plan nak bukak Klinik tp nak bukak Klinik kene ada doc y ada apc kan..plan saya nak ambil partner doc y ada apc..boleh ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Rahman.
      Medical degree tanpa habiskan HO tiada berguna.
      Kena habiskan HO service untuk dapatkan Sijil Pendaftaran Penuh.
      Dah ada itu baru boleh dapat APC.
      Baru boleh practice.
      Baru boleh buka klinik.
      Anda dikira melakukan jenayah jika practice tanpa APC.
      Boleh masuk penjara.

      Terima kasih.

      Padam
    2. Terima kasih atas reply nya...betul apa y doctor ckp...maksud saya kalau saya bussines partner dgn doc y ada apc..saya keluar modal..doc tu y bekerja dlm perkhidmatan patients..saya dlm management... Boleh ke doctor?..

      Padam
    3. Boleh.
      Saya ada seorang kawan.
      Dia ada medical degree.
      Dia memang tak minat tengok pesakit.
      Dia share dengan beberapa orang doktor lain.
      Buka beberapa cawangan klinik.
      Dia buat management.
      Jadi macam manager.
      Hal2 non medical dia buat.
      Tapi kena cari share partner yang betul2 ngam.
      Kalau tidak habislah.

      All the best!

      Padam
  10. dr tumpang tanya.. kalau kita under jpa dan tak nak tunngu sampai 10 tahun... boleh x? kalau boleh macamana ek? ada orang kata kena bayr 3 kali ganda kalau nak quit jpa.. ye ke?

    BalasPadam