Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Julai 2010

Aku dan Buka Klinik Sendiri 2.0

Bila anda dah lama duduk di hospital/klinik kerajaan dan mula bosan dengan suasananya, mulalah berkira2 nak berhenti dan bekerja sendiri. Niat nak sambung belajar dan jadi pakar memang dah lama terpadam. Jadinya nak bukak klinik sendiri ataupun nak join mana2 group klinik yang dah established? Pening jugak kepala memikirkannya kan?

Kalau anda ada duit banyak, ada simpanan yang tak habis makan bertahun2 dan keluarga anda terdiri daripada orang ada2, maka bukaklah klinik sendiri dan gunakan nama sendiri. Anda bergerak secara solo dan jatuh bangun klinik anda, anda yang tentukan. Keuntungan/kerugian 100% hak anda. Tapi anda bermula daripada angka '0' dan perlahan2 anda kena bina dan kukuhkan perniagaan anda. Dalam perniagaan ini, anda tidak boleh mengiklankan klinik anda dalam apa jua bentuk sekalipun kerana ianya menyalahi akta Perubatan. Dengan itu bentuk pengiklanan yang ada hanyalah diri anda dan juga pesakit2 anda. Sekiranya pesakit2 anda suka dengan anda, mereka akan mengiklankan klinik anda melalui cerita2 mulut ke mulut. Hanya itu sahaja cara orang mengetahui perniagaan anda. Teruk kan? Modal ratus ribu tapi tak boleh nak iklankan. Tapi insyaAllah, selepas setahun anda pasti akan mula mendapat pulangannya.

Bekerja secara solo sangat sesuai untuk kawasan2 baru yang belum lagi ada klinik. Ini bermakna semua penduduk kawasan itu akan tertumpu ke klinik anda. Tetapi kalau kawasan itu dah banyak klinik yang established, bermakna anda kena bersaing dengan mereka dan anda kena cari jalan untuk mencuri pesakit2 mereka. Bagaimana caranya? Balik ke perenggan atas. Iklankan diri anda melalui pesakit2 andalah. Itu sahaja caranya.

Bila anda bekerja secara solo dan bersendirian, anda adalah segalanya. Andalah boss dan andalah kuli. Semua kerja anda kena buat. Urusan hal ehwal klinik anda buat sendiri. Jadual waktu kerja anda anda tentukan sendiri. Kalau anda nak kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu pun takda siapa nak halang. Kalau anda nak kerja ikut waktu pejabat sahaja pun boleh. Tapi semakin rajin awak bekerja, semakin banyaklah incomenya.

Bila anda bekerja secara solo, anda kena cari sendiri panel. Panel bermakna kilang2, syarikat2, badan2 berkanun yang berada sekitar klinik anda boleh menghantar pekerja2 mereka ke klinik anda dan anda merawat mereka terlebih dahulu dan meminta bayaran kemudian. Anda kena pergi sendiri ke pejabat2 mereka dan memperkenalkan diri dan klinik anda. Proses ini memakan masa dan anda kena banyak bersabar dan berdoa. Jika anda dah ada panel, rezeki anda lebih stabil tetapi anda perlu melantik seorang kerani untuk buat paperwork bagi menuntut bayaran panel. Anda juga perlu melantik seorang pemungut hutang bagi mengutip cek2 tertunggak jika perlu.

Perniagaan anda lebih mudah jika anda menyertai kumpulan klinik yang telah established. Anda tidak perlu bersusah payah menjaja dan menjual nama klinik anda. Anda juga tak perlu susah2 mencari panel kerana biasanya panel2 yang sedia ada terus boleh melantik klinik anda sekali. Proses memulakan perniagaan juga mudah kerana anda dibantu oleh mereka2 yang dah berpengalaman.

Ada banyak jenis perkongsian dengan klinik2 yang dah established ni. Ada yang ibarat kerja makan gaji di mana anda mendapat gaji tetap setiap bulan dan hujung tahun ada bonus untuk anda. Anda ada KWSP dan ada cuti tahun. Ada yang ibarat francais dimana klinik itu hanya menggunakan nama yang sama tetapi anda mengurus segala2nya. Biasanya mereka mengambil percentage untuk keuntungan yang anda dapat.

Kesimpulannya, sama ada solo atau berkumpulan itu pilihan anda. Ada keburukan dan kebaikan untuk setiap pilihan anda. Hanya anda yang layak membuat pilihan tersebut.

Langkah 3: Nak solo atau cari partner?
Langkah 4: Mana nak cari modal berniaga?
Langkah 5: Mencari lokasi dan pekerja yang bagus?


bersambung lagi...

1 ulasan: