Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Julai 2010

Aku dan Buka Klinik Sendiri 3.0

Nak solo ke nak ada partner? Ini lagi satu soalan menarik untuk dibincangkan. Partner bermaksud 2-3 orang doktor kongsi bukak satu klinik dan kerja bergilir2. Keuntungannya dibahagi sama rata dan perjalanan klinik diurus bersama. Partner yang paling bagus ialah suami isteri. Untung dan rugi pusing2 masuk ke akaun yang sama. Partner yang berdasarkan kawan lama, kawan sekerja, kawan sekampung atau kawan gitu2 biasanya tak kekal lama. Masa mula2 berniaga, semuanya boleh bertolak ansur. Tapi bila dah nampak duit dan keuntungannya, masing2 mula berkira. Aku kerja lebihlah, aku yang buat akaunlah, aku tengok lebih patient, dsbnya. Masa tu hal2 remeh mula menjadi isu besar. Walaupun tak semuanya sebegini tapi kebanyakkan perkongsian begini berakhir dengan pertengkaran.

Aku berniaga secara francais dengan satu kumpulan klinik yang dah established di daerah ini. Sebut aje namanya, semua orang dah kenal. Masa aku belum jadi doktor dulupun, emak bapak aku selalu pergi ke klinik ini. Semua orang kata klinik ini bagus terutama dari segi layanannya. Bila aku dah confirmed jadi doktor, aku pernah beberapa kali jumpa dengan doktor yang empunya rangkaian klinik ini. Aku juga selalu buat locum dikliniknya untuk menambah pengalaman.

Masa aku dah fed up dengan kerajaan dan bercita2 nak resign, ada beberapa klinik offer aku untuk kerja dengan mereka. Satu klinik menawarkan aku gaji bulan termasuk KWSP dan elaun2 lain untuk kerja di rangkaian mereka. Aku sekadar tengok pesakit dan hal2 klinik tak payah ambil tahu. Cukup tahun ada bonus. Hospital pakar ada juga offer sebagai Residen MO di Unit Kecemasan dengan gaji double dan kerja 2 minggu sahaja sebulan. Kedua2nya aku tolak kerana aku masih kerja makan gaji dan masih ada boss yang memantau kerja2 aku.

Pilihanku masa itu ialah cari modal sendiri, cari kedai sendiri dan bukak klinik sendiri dimana2 lokasi yang aku suka. Tapi keluargaku bukannya daripada orang yang ada2. Cincin berlian pun emak aku takda. Aku tak berani nak mula daripada '0' kerana tanggunganku banyak dan isteriku cuma cikgu sekolah rendah sahaja.

Masa itulah ada offer datang daripada rangkaian klinik yang aku mula2 sebut tadi. Mereka dah ada bangunan sendiri dan bercadang nak buka satu lagi cawangan. Mereka offer aku untuk menguruskannya. Ianya ibarat francais tetapi aku tak keluarkan modal sesenpun. Urusan renovasi, pinjaman bank dan sebagainya diuruskan oleh mereka dan aku hanya menjalankannya. Selepas 7 tahun, aku memegang 70% kepentingan klinik dan urusan akaun dan hal ehwal klinik diserahkan bulat2 kepadaku. Waktu kerja ditentukan olehku sendiri dan jatuh bangun klinik ditanganku.

Memandangkan nama rangkaian klinik ni dah established dan mempunyai lebih daripada 5o senarai panel, pesakitku sekitar 20 orang sehari pada bulan pertama perniagaanku. Untuk 3 bulan pertama, banyak masaku dihabiskan dengan membuat jigsaw puzzle dan main PlayStation. Aku juga sempat tidur petang di bilik belakang. Selepas 3 bulan, barulah aku merasa kesibukannya dan selepas itu aku tak menoleh ke belakang lagi. 3 bulan pertama, gajiku dan stafku dibayar oleh head office. Masuk bulan ke 4 aku dah boleh urus segala2nya dan income bulanan dah cukup untuk aku rolling. Urusan pembayaran panel dilakukan oleh head office dan aku tak perlu pening2 kepala nak buat invois dan kutip bayaran.

Nak kata untung menyertai francais ini, untunglah jugak. Nak kata rugi, rugilah jugak. Sebabnya aku yang bekerja sepenuh masa siang dan malam, tetapi keuntungannya terpaksa dibahagi dengan sleeping partner aku. Tetapi untungnya, aku mudah nak dapat panel. Kadang2 aku tak payah susah2 nak pergi memohon, mereka yang datang approached kat kita. Ini semua adat dalam berniaga. Kita tak boleh nak untung sahaja selalu. Sesekali memang rugi jugak.

Apa2pun, fikir2kanlah dalam2 sebelum membuat keputusan.


22 ulasan:

  1. Saya ingat nak join venture mcm yg saudara buat sbb saya pun bermula dgn 0.. Saudara join venture kumpulan Penawar Klinik atau KPJ? Mcm mana nak mohon yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beri alamat email kat saya.

      Padam
    2. As salam

      Boleh emailkan saya sekali maklumat tersebut.
      Saya juga berminat nak join venture
      wml3648@yahoo.com

      Padam
    3. Salam,

      Dr, boleh kongsi cara untuk JV membuka klinik? Ini alamat email saya abiee85@gmail.com.

      Terima Kasih.

      Padam
  2. email pd saya juga.bintuarif@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam nurafiza mohd arif,

      Berilah soalan dulu.
      Baru saya emailkan jawapan/pandangan.

      Padam
    2. email saya;
      zouldahan@yahoo.com

      Padam
  3. Salam, boleh email kepada saya freehipz09@gmail.com.
    Saya sangat berminat.Harap saudara dpt membantu.

    BalasPadam
  4. Boleh email kepada saya. freehipz09@gmail.com.
    Saya sgt berminat dan dlm usaha utk mrmbuka kliinik. Harap saudara membantu. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mansor Aizam,

      berilah soalan dulu.
      baru saya emailkan jawapan.

      Padam
    2. Lupa.
      email saya.
      zouldahan@yahoo.com

      Padam
    3. Salam zouldahan.sy ada emailed to you few queries.Hope for feedback.TQVM.

      Padam
  5. Hai Dr Zul, Berapa kos untuk franchise klinik? Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jawab.
      Bergantung kpd byk faktor.
      Dan saya bukannya franchisor.

      Terima kasih

      Padam
  6. Salam.saya berminat untuk membuka klinik secara joint venture macam saudara. Email saya finazhamzah@gmail.com . Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Salam dr zul..sy berminat buka klinik secara joint venture.dr joint dgn kumpulan klinik mane? Harap dr sudi berkongsi cara2 buka klinik secara joint venture.email zircon85_kn@yahoo.com. Tq

    BalasPadam
  8. Dr.zoul sy akan email..mohon pencerahan..terima kasih

    BalasPadam
  9. Salam.dr zul.sy berminat nak join venture ini.boleh email saya along8286@yahoo.com

    BalasPadam
  10. Salam dr zul sy juga berminat.. boleh email sy hatta.tajulidrus@gmail.com

    BalasPadam
  11. saya berminat.. minta tlg emailkan shafiqzuddin@gmail.com

    BalasPadam
  12. assalam dr zul, saya juga minat untuk JV..which company and yg dr zul JV and caranya bagaimana?harap boleh kongsikan.email saya: syazanasulieman@gmail.com. tqvm.

    BalasPadam