Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Julai 2010

Aku dan Buka Klinik Sendiri 4.0

Mana nak cari modal untuk mula berniaga ya? Berniaga/buka klinik sendiri sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Yang penting berani dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Macam biasalah, sementara duduk kuarters kerajaan dan asyik makan free lauk2 dari dapur hospital, kumpullah duit banyak2. Nak kumpul duit gaji memang tak banyak manalah tapi side income boleh dicari dengan rajin membuat part time/locum, rajin buat medical report dan sebagainya.

Zaman sekarang locum rate dah mahal. Korang dah boleh demand. Kalau kerajaan boleh beri 80 ringgit sejam, takkanlah kat luar masih 30 ringgit? Mintaklah lebih sikit, juga elaun makan dan elaun minyak kereta. Sebulan boleh dapat ribu2 kalau rajin. Selain tengok patient, korang bolehlah belajar2 camna nak order ubat, nak buat akaun dan sebagainya daripada staf2 klinik yg senior. Itu semua ilmu free tu. Kat universiti tak diajar itu semua.

Kalau korang masih setia di hospital kerajaan, mintaklah department yang banyak buat medical report seperti di Unit Kecemasan dan Unit Ortopedik. Jangan duduk aje di Unit Bersalin. Satu hapa tak dapat. Satu medical report dah 40 ringgit. Kalau sebulan dapat 100 kes, tak ribu2 jumlahnya? Tapi janganlah tamak pulak. nanti iri hati doktor2 yang lain.

Sementara mencari modal dan lokasi yang strategik untuk bukak klinik, korang preparelah pelan/lukisan klinik anda. Ruang menunggu, ruang farmasi, kaunter pendaftaran, bilik rawatan, bilik doktor, bilik rehat, dsbnya. Ianya tiada yang standard dan dah nama klinik sendiri, korang ikut sukalah. Bila dah cukup modal senang. Tinggal submit aje. Rasanya ukuran kedai semuanya standard. 20 kaki x 70 kaki.

Untuk buka klinik, yang perlu bayaran tunai ialah kos renovasi. Kos peralatan dan ubat2an boleh dibayar secara ansuran. Ubat2an biasanya hanya dibayar selepas 3 bulan. Korang hanya perlu daftar dengan mana2 syarikat ubat dan proses mendaftar sangatlah mudah. Ada APC dah cukup dah. Peralatan besar2 seperti mesin ultrasound, peralatan pembedahan juga boleh dibeli secara ansuran. Mereka boleh tolong anda buat leasing dengan mana2 bank. Tak payah guarantor.

Kos renovasi bergantung kepada berapa cantik klinik korang. Kalau siap mosaic, cermin kaca, dinding batu, aircond dan kerusi/meja yang high quality, 100 ribu boleh habis. Tapi setakat 50 ribu, dah kira cantik dah. Korang buat klinik cantik2 pun, kalau yg datang budak2 hyperactive dan mat2 bangla yang tak pandai jaga kebersihan, kotor jugak jadinya. Jadi patut2lah.

Satu lagi yang kena bayar tunai ialah sewa kedai dan depositnya. Biasanya kedai yang disewa perlu 2 bulan deposit dan pendahuluan sewa sebulan. Kalau sewa kedainya 2 ribu sebulan, korang kena bayar 6 ribulah. Pastikan ada perjanjian hitam putih. Selalunya kod 2+1 atau 3+1 iaitu perjanjian selama 2 atau 3 tahun dan boleh extend 1 tahun. Selepas habis perjanjian, kena buat perjanjian baru yang biasanya sewa akan dinaikkan 10 peratus. Perjanjian hitam putih itu perlu sebab korang nak berniaga lama kat situ.

Bila Akta 486 dikuatkuasakan, banyak peralatan2 tak penting perlu ada di klinik. Contohnya O2 tank, suction machine, resusitation set yang setakat ni, aku pun tak pernah nak guna. Aku dah letak dalam almari kaca dan jadikan perhiasan. Peralatan yang wajib ada ialah drip stand, nebulizer machine, refrigerator khas untuk immunisation, sterilizer, mesin timbang dan alat2 untuk suture/dressing. Yang boleh beli kemudian ialah mesin ECG dan mesin ultrasound. Sapa2 yang nak tahu harganya, boleh hantar email kat aku.

Sekarang ini, banyak bank seperti BSN dan AmBank yang memberi kemudahan pinjaman peribadi kepada doktor2. maksimum boleh dapat sampai 100 ribu kalau nak. Tapi dah nama pinjam, kenalah bayar balik bersama interestnya. Cuma prosesnya mudah dan tak perlukan penjamin.

Macam aku sebut tadi. Yang penting ialah keberanian dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Jadi, jangan tunggu lama2. Kalau rasa nak berhenti, terus berhenti. jangan tangguh2 lagi. Ada berani?


13 ulasan:

  1. Salam bro... aku very interested nak buka private clinic and have been looking for as much info as possible. Boleh share some info tak? Let's keep in touch.

    BalasPadam
  2. Hafiz,
    Kau habiskan baca langkah 1 sampai 7 dulu.
    Lepas tu kalau ada soalan,
    kau tanya aku....

    All the best!

    BalasPadam
  3. Salam..saya mencari info ttg nak bukak klinik..n found your blog....saya fisioterapi keje kt satu universiti kt kelantan...saya tau dan ada dalam kepala apa yg perlu utk klinik saya..tapi tu laa..saya rasa saya x cukup berani...bukAN x percaya pd kebolehan diri..tapi pada pusingan modal atau lebih spesifik kepada kewangan sementara nak stable..saya nampak potensi besar klinik fisio ni tapi tu la...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klinik Fisio?
      Saya tak berani nak komen.
      Bukan bidang saya.
      Kat sini pun ada klinik fisio private jugak.
      Saya ada surat rujukan mereka.
      Langsung tak pernah guna.

      Padam
  4. salam tuan, saya ada email tuan untuk mohon sedikit penjelasan dan contact untuk membeli peralatan dan ubat2 untuk buka klinik. Harap dapatbalasan dari tuan. Terima kasih banyak2 saya dahului. Salam

    BalasPadam
  5. Hello, boleh share consultant mana digunakan untuk setup klinik?

    BalasPadam
  6. Boleh share juga contact membeli peralatan untuk buka klinik? Emailkan: raynerlett@gmail.com

    BalasPadam
  7. Salam doktor.
    Terima kasih kerana berkongsi.
    Saya juga seorang doktor yang sudah fedup bekerja dgn kkm dan sedang merancang untuk membuka klinik atas nama sendiri. Saya bukanlah orang yang selalunya senang mengambil risiko, tetapi inilah peluang yg saya nampak untuk saya terus kekal di bidang ini.
    Harap langkah yang saya ambil adalah betul.
    Adakah dr zul rasa keputusan dr zul membuka klinik ni adalah btul utk dr zul?

    BalasPadam
  8. salamDr,
    boleh sy tanya pasal modal yg Dr blh emailkan?
    "Sapa2 yang nak tahu harganya, boleh hantar email kat aku."
    sy medical student n target untuk membuka klinik 10 tahun lg

    BalasPadam
  9. slm.. na tanya dr..kalau nk klinik kene.quit gov dl ke

    BalasPadam
  10. salamukaikum. saya student accounting. saya kene buat assignment pasal klinik. boleh x nk tye brpe modal keseluruhan dgn untung bersih sebulan.

    BalasPadam
  11. Salam tuan... apa.jenis akaun yg nak kena ada... maksudnya macam akaun2 yg kena buat untuk perakaunan klinik ni... harian bulanan tahunan... mohon bantuan...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada akaun harian dan bulanan.
      Guna untuk monitor perjalanan klinik.
      Tahunan saya serah pada akauntan saya.
      Dia yg kira untung rugi
      Juga kira untuk income tax.

      Padam