Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Julai 2010

Aku dan Buka Klinik Sendiri 5.0

Tips mencari lokasi klinik yang strategik:
  1. Yang berhampiran dengan hospital/klinik kerajaan. Bila mereka dah jemu menunggu atau tak boleh nak tunggu giliran, mereka akan segera ke klinik yang berhampiran.
  2. Yang berhampiran dengan tepi jalan utama di mana kenderaan banyak lalu lalang. Tapi yang ni sewanya memang lebihlah.
  3. Yang berhampiran dengan restoran mamak 24 jam atau 7 Eleven. Biasanya kedai mamak jarang sunyi walaupun di waktu lewat malam. Jadi tak risau pasal keselamatan. Nak order makan pun senang.
  4. Yang terletak di tengah2 beberapa kawasan perumahan. Yang mempunyai penduduk berbilang bangsa lagi bagus. 1Malaysia lah katakan.
  5. Yang punya kawasan letak kereta yang luas dan mudah. Kalau di tempat yang tak payah bayar parking lagi bagus.
  6. Yang jauh daripada bengkel kereta, pusat2 hiburan dan pusat2 snooker/cybercafe. Biasanya kedai2 ini kotor dan bising.
  7. Yang dekat dengan shopping2 complex atau tempat2 melepak. Kalau anda boring dengan patient ataupun waktu hujung2 bulan bila kurang pelanggan, bolehlah pergi lepak2 dan window shopping.
  8. Yang dekat dengan rumah. Senang nak balik bila waktu rehat.
  9. Yang dekat dengan sekolah anak2. Senang nak jemput/hantar anak2 kalau driver bercuti.
  10. Yang dekat dengan klinik kawan2. Bila boring, boleh ajak kawan minum kat kedai mamak.
Tips mencari pekerja2 klinik yang bagus:
  1. Paling bagus ialah mereka2 yang dah berkahwin. Mereka ini lebih komitted terhadap kerja dan lebih bertanggungjawab.
  2. Mereka ada lesen memandu dan ada kenderaan sendiri. Jadi, mereka tak bergantung kepada orang lain untuk ke tempat kerja.
  3. Jika ada anak, anaknya dijaga oleh ahli keluarga sendiri. Jadi, tak selalu mintak cuti bila pengasuhnya bercuti. Juga jarang mintak gaji advance untuk bayar upah pengasuh.
  4. Sekurang2nya mesti ada SPM. bawah daripada itu biasanya kurang kreatif pemikirannya. Semua kerja nak menanti disuruh. Tapi yang ada diploma tinggi sangat pulak. Nanti demand gajilah pulak.
  5. Jika dah berkahwin, masih ada suami yang bekerja. Jangan ambil daripada keluarga2 yang bermasalah kerana anda akan merasa tempiasnya nanti.
  6. Jika belum berkahwin, jangan cari yang muda2 dan cantik2 sangat. Nanti dia asyik cuti dan moody aje. Hari2 main SMS aje. Lepas tu moody bila gaduh dengan boyfriend. Lagi satu, wife kat rumah karang asyik cemburu aje. Kau nak kerja pun tak senang.
  7. Kalau panggil untuk interview, jangan one to one. Ajak orang lain untuk jadi panel tukang interview. Panggil aku pun boleh. Masa interview semuanya boleh. Bila dah start kerja, lain pulak jadinya.
  8. Kalau buat sessi temuduga, jangan panggil semua. Shortlistedkan calon2 yang berkenaan sahaja. Jangan buang masa.
  9. Kalau yang cari kerja tu sekadar nak isi masa lapang sementara nak tunggu sambung belajar, tak payahlah ambik. Buang masa aje.
  10. Sepanjang 8 tahun aku buka klinik, semua pekerja aku setia dengan aku. Hanya 3 yang berhenti kerja. Satu kerana nak jaga anak, dua kerana nak bukak bisnes sendiri dan satu lagi berpindah ikut suami. Tiada yang diberhentikan kerana memberi masalah kat klinik.
Klinik aku dibuka antara jam 9 pagi hingga 10 malam. Aku bermula dengan 2 orang staf sahaja. Seorang shift pagi (8 pagi-3 ptg) dan seorang shift petang (3 ptg-10 malam). Bila dah mula sibuk iaitu selepas 3 bulan, aku tambah seorang lagi staf jadi 3 orang. 2 orang shif pagi, seorang shift petang dan 2 orang shift malam (Seorang yang shift pagi, buat OT dengan masuk kerja malam; 8-10 malam). Selepas 2 tahun, aku tambah seorang lagi menjadi 4 orang dengan 2 orang shift pagi dan 2 orang shift petang. Pada waktu malam, seorang staf pagi akan ambik OT untuk shift malam kerana pesakit agak ramai di waktu malam.

Mulai 3 tahun yang lepas, staf aku menjadi 5 orang. Seorang staf yang paling senior aku lantik menjadi ketua dan kerani merangkap PA aku. Dia kerja waktu pejabat 9 pagi- 5 petang. Dia menguruskan hal2 dokumentasi, akaun, panel dan sebagainya. Gajinya ekstra Rm200 banding yang lain2.

Rasanya aku cukup dengan 5 orang pekerja. Pekerja2 aku semuanya dah berkahwin dan punya anak. Semuanya lebih muda daripada aku. Semuanya dah rasa kena marah dengan aku tapi setakat ini takda yang nak berhenti, nak merajuk, nak mogok atau suka ambik cuti emergency. Cuti tahunan mereka jarang habis dan aku kena paksa mereka untuk ambik cuti.



4 ulasan:

  1. saya GP cabuk yang gembira dengan kerja saya sekarang ni.

    morning Zoul..
    :)

    BalasPadam
  2. DrSinga,

    Salam pagi Jumaat...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..info yg sgt menarik..saya dah baca kelima-lima siri..:)..hehe..saya berminat untuk buka klinik..perlukan lebih tunjuk ajar dan nasihat daripada anda..boleh saya dapatkan private email encik Zoul?

    BalasPadam