Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Julai 2010

Aku dan minggu ini

Breakfast at usual place: Teh Tarik kurang manis with Roti Telur Bawang.

Dah 4 hari ini aku sibuk memanjang. Kena kerja daripada pagi sampai malam. Lepas tu kena jadi driver anak2 pulak. Hari ini mendung dari awal pagi. Lega, klinik lengang pagi ini. Dapatlah aku buat kerja2 pejabat dan paperwork yang dah tertangguh sejak minggu lepas.

Minggu ini aku cukup sibuk. Sehari tak kurang 60 orang pesakit aku. Ramai yang tanya soalan bukan2. Pecah kepala aku nak tolong menjawabnya. Kalau orang2 Malaysia senang sikit. Mereka faham bahasa. Kena mamat Bangla dan Vietnam, kena migraine aku kat situ jugak.

Minggu ini ramai gak mamat Bangla datang klinik aku. Sakit bukan2, komplen macam2. Ada seorang ni 3 kali datang klinik bulan ini. Sakitnya kat sekitar pusat aje. Aku check macam tak da apa2 tapi 3 kali komplen benda yang sama. "After eating, pain come. Sometimes hard, sometimes little2. Sometimes, cannot sleeps. Body no power. Eating no good. Sleeping problem." Boleh gila aku kalau 10 orang sakit macam dia. Dahlah bahasa melayu tak faham, bahasa inggeris little2 only. Kena marah pun selamba aje. Aku senang aje, suruh dia pergi hospital. Entah sakit apa aku pun tak tahu. Mungkin nak MC agaknya.

Malam tadi, klinik aku jadi klinik kanak2. Ramai betul budak2 datang mengadap. Yang demam selsema biasalah. Yang masukkan benda dalam hidung pun ada. Yang luka nak jahit pun ada. Pukul 10 malam lak tu. Luka sejak petang tapi kena tunggu ayah balik kerja dulu. Nah kau! pukul 10 malam, kena jahit kepala orang. Macam kerja kerajaan pulak.

Pesakit yang aku potong bisulnya dah 3 kali buat dressing dengan aku. Nanah masih banyak dan gulanya langsung tak turun2. Suruh pergi hospital liat betul. Terpaksa aku yang menghadap dia selang sehari. Hari tu siap buat suction lagi. Aku cakap kat dia, kalau esok gula tak turun jugak kena masuk hospital. Aku malas nak jaga dah.

Bila pesakit dah makin ramai ni, badan pun mula penat. Bila badan penat, otak pun serabut aje. Kadang2 aku rasa macam malas aje nak pergi kerja. Nak duduk rumah sambil main2 dengan kucing, tengok ikan, tengok pokok2. Tapi mengenangkan tanggungjawab dan hutang2 yang perlu dibayar, aku gagahkan jugak ke klinik. Masuk klinik, dah berderet yang tunggu. Kalau budak2 aku suka sebab mereka betul2 sakit. Yang aku tak suka ialah yang buat2 sakit. Macam2 alasan aku dengar sebab nak dapatkan MC. Fed up betul. Itu sebab kadang2 pukul 9.30 pagi, aku masih duduk kat restoran mamak hujung tu. Harap2 ramai yang balik dan pergi ke klinik lain. Tapi mereka tetap setia denganku. Ada seorang tu sehari kena 3 kali datang klinik aku sebab silap timing. Akhirnya malam baru dapat jumpa. Itupun sebab nak MC jugak. Serba salah aku dibuatnya.

Pernah terfikir aku nak jual bisnes aku ini dan buat benda2 lain. Tapi apa yang aku ada? Sekadar MBBS dan pengalaman 14 tahun sebagai doktor cabuk. Aku tak pandai berniaga, aku tak suka politik, aku tak suka direct selling. Apa aku boleh buat? Rasanya jadi 'homemaker' layaklah. Kemas rumah, memasak, basuh pinggan, berkebun. Tapi sapa nak bayar gaji aku? Maka, begini ajelah. Kalau rasa nak kerja; kerja. Kalau rasa nak masuk lambat; masuk lambat. Kalau rasa nak tutup klinik; tutup klinik. Boleh gitu?

Wife aku pun huru-hara jugak hidupnya. Kerja kat sekolah, meeting kat luar sekolah, beri syarahan teknik menjawab soalan, buat soalan2 exam, kerja kat rumah, pergi kelas, buat assignment, tengokkan pelajaran anak2. Wife aku cerita kat aku, susah2 dia siapkan powerpoint untuk ajar teknik menjawab soalan. Pukul 3 pagi baru tidur. Esoknya kena beri syarahan 3 jam. Ada ke patut pejabat pelajaran beri dia RM50 ringgit aje? Lepas tu buat soalan exam pun sama. Masa mesyuarat, ramai tak siapkan bahagian masing2. Lepas tu buat soalan main cut and paste sahaja. Notebook tak bawak. Memang buat kerja sambil lewa sahaja. Penghabisnya, aku juga kena tempiasnya. Aku tolong mana yang tertolong. Assignment tutorial pasal Linux Operating System tu aku sendiri pun tak faham.

Kalaulah, aku dah kaya-raya macam Mr Jho Low ( klik ini) tu , aku tak payah susah2 kerja dah. Hidup boleh berparty siang dan malam. Hidup boleh pusing jalan2 satu dunia. Alangkah bestnya. Kenapalah sesetengah orang tu cukup bertuah nasibnya?

5 ulasan:

  1. Tak best lah jadi mamat tu ... dia punya client semua high profile , sure lagi kekwat ,byk cekadak dari patient2 hang . At least kau ada masa main ngan kucing/ikan ...

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas peringatan dan ingatan.
    Kita kena bersyukur atas apa yang kita ada sepatutnya. Bukannya dengki dengan apa yang orang lain ada.

    BalasPadam
  3. seronok baca blog doc...
    dpt menyingkap kehidupan seorang doc...
    saya pun kekadang terpikir kelebihan yang org lain dpt...
    susah rupenya manusia nak puaskan hati sendiri...

    Papan Kekunci Ku

    BalasPadam
  4. Ron,

    Salam ziarah.
    Blog awak pun happening jugak.
    Cuma banyak sangat iklannya...

    BalasPadam