Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Julai 2010

Aku dan Sate Kajang

Anda pernah ke Kajang? Anda pernah rasa Sate Kajang? Apa beza Sate Johor dengan Sate Kajang? Semua soalan itu anda jawab sendiri kerana aku pun tak pernah ke Kajang. Apatahlagi makan Sate Kajang. Yang aku tahu, Sate Kajang ni saiz dia double dan harganya pun double. Kuah satenya di campur dengan sambal lada kering. Itu bezanya. Agaknyalah.


Kat roundabout Tmn Muhibah Saleng ada restoran baru bukak yang mempromosikan Sate Kajang sebagai menu utamanya. Rasanya dah bukak sejak April yang lalu tetapi hari ini baru ada kesempatan nak singgah dan rasa Sate Kajang yang famous tu.



Restoran ini dibuka seawal jam 6 pagi dan tutup pada jam 12 tengahmalam. Selain sate, ada juga menu2 biasa untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Suasananya santai dan selesa. Ada gazebo untuk makan bersila (tapi cuma satu aje) dan ada layar putih untuk tengok bolasepak.


Ini satenya. Satu cucuk 70 sen. Dihidangkan bersama timun, bawang besar, kuah kacang dan nasi impit. Rasanya boleh tahan cuma semuanya dah sejuk. Sate dah sejuk, kuahnya pun sejuk. Kalau masih panas dan lepas dibakar mungkin lebih sedap. Tapi makan 5 cucuk dah rasa kenyang.

Lain kali aku nak try sarapan pagi kat sini pulak. Kena cari korum dulu.

2 ulasan:

  1. datanglah kajang kalau nak rasa rasa sate kajang sebenar

    BalasPadam
  2. InsyaAllah,
    satu masa,
    satu ketika,
    sampai juga ke sana...

    BalasPadam