Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Julai 2010

Aku dan Stok Ubat

Menjadi GP bukan setakat merawat pesakit sahaja. Aku juga kena jadi pengurus besar yang mengurus hal2 perjalanan klinik. Hari ini aku nak cerita pasal stok ubat2anku. Kalau kerja kerajaan dulu cukup senang. Aku main tulis aje slip preskripsi dan suruh pesakit atau nurse ambik ubat kat kaunter farmasi. Hal2 lain aku tak pernah nak ambik tahu. Tapi di klinik sendiri, aku kena pilih, cari dan beli ubat sendiri. Ikut suka hati aku nak beli ubat yang mana. Yang mahal, yang murah, yang local made, yang imported, yang warna biru, yang warna coklat, yang manis, yang pahit, semuanya ikut suka hati aku.

Dah 8 tahun berniaga, aku dah tahu ubat mana yang bagus, yang tak bagus, yang murah, yang mahal dan sebagainya. Kalau diikutkan, ada lebih 20 company yang supply bekalan ubat ke klinik2. Setiap company ada kelebihan dan ada kekurangannya. Biasanya setiap company akan lantik seorang sales representative yang akan datang ke klinik setiap bulan untuk service. Service bermakna ambik order, ambik cek dan introduce produk2 baru. Yang dah biasa dengan aku, mereka tahu bila masa sesuai untuk jumpa aku. Yang dah biasa, takkan datang collect cek pagi hari isnin. Memang nak kena hambat dengan penyapu. Juga datang waktu tengahari. Mereka biasanya datang selepas jam 4 petang dan ajak aku minum2 kat warung mamak dulu. Lepas tu baru cerita pasal bisnes.

Setakat ini tinggal 5-6 company yang masih setia denganku. Yang lain2 semua dah serik datang ke klinik aku sebab aku langsung tak nak jumpa mereka. Aku lebih suka drug reprensentative lelaki sebab senang nak ajak berunding. Nak ajak minum pun senang. Yang perempuan leceh sikit sebab mereka asyik nak kejar target aje. Aku cakap tak nak pun masih memujuk suruh beli produk2 dia. Ramai drug rep yang pernah kena marah dengan aku sebab barang lambat sampai atau tak sampai2. Yang janji tak tertunai pun rajin kena sergah dengan aku. Dalam bisnes ni yang penting ialah kejujuran dan saling mempercayai. Aku tak kisah kalau barang aku order lambat sampai tapi beritahulah. Senang aku nak cari alternatif.

Kalau beli ubat, aku bukan setakat tengok harga sahaja. Tak semestinya aku beli yang murah. Aku tengok juga kualiti produk, cara pembungkusan/label dan yang penting feedback yang baik daripada pesakit. Kalau ada pesakit mengadu ubat tak bagus atau kurang berkesan, aku tak beli lagi dah lepas itu.

Company ubat yang bagus ialah yang menghormati hubungan antara doktor dengan company tersebut. Mereka tidak terlalu memaksa doktor untuk membeli ubat2 mereka dan mereka tak memaksa doktor untuk membeli ubat dalam kuantiti yang banyak. Mereka tak terlalu mengejar payment dan sentiasa menghormati keputusan doktor. Kalau doktor dah kata tak nak, mereka takkan paksa doktor. Biasanya mereka beri sampel untuk aku try dan bukannya suruh aku beli sedikit. Ada drug rep yang sebulan 3 kali datang ke klinik sebab nak suruh doktor cuba ubat baru mereka. Tak cukup dengan tu, mereka call lagi klinik. Ada company ubat yang guna bill collector untuk kutip cek. Kadang2 belum cukup sebulan dah mintak cek. Lepas tu siap bulatkan, gariskan malah dihighlightkan jumlah yang doktor kena bayar. Macam along jadinya. Nasib baik setakat ni takda orang simbah cat merah kat klinik aku.

Mengurus hal2 stok ubat memang memeningkan kepala kerana untung rugi klinik banyak bergantung kepada stok ubat. Kalau ubat banyak yang expired sebelum sempat digunakan, itu dah kira rugi tu. Ubat jadi expired bila aku lupa nak prescribed atau ubat tu tak berapa bagus. Ubat boleh juga expired bila company ubat jual ubat2 tu banyak2 kat klinik. Mereka suruh aku ambik banyak2 supaya dapat harga murah tapi sebelum sempat aku habiskan, dah tamat tempoh. Rugi lagi.

Setakat ini takda drug company yang merasuah aku dengan belikan barang2 mahal2 ataupun taja aku ke luar negara. Paling dasat cuma belikan kek harijadi dan belanja teh tarik kat mamak stall. Mungkin sebab aku jarang beli ubat original atau ubat2 daripada international company. Aku tak mampu dan patient2 aku pun tak mampu.

Tahun ini masih banyak juga ubat yang aku tak pakai sampai expired kat rak ubat. Sama ada aku lupa nak guna atau aku ada alternatif lain. Staf klinik langsung tak boleh harap. Kalau aku tanya baru terhegeh2 nak check stok. Aku senang aje. Bonus tahunan kena bergantung pada jumlah kerugian akibat expired stock. Semakin banyak kerugian, semakin kurang bonus. Boleh gitu?

1 ulasan:

  1. volllee jer doc.. ehehe

    ps. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

    BalasPadam