Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Julai 2010

Aku dan surat peringatan




Ini bukan aku punya. Ini sedara aku punya. Wife aku sebagai penjamin asyik aje dapat surat amaran ini. Setiap kali dapat surat, wife aku mesti nak kena call sedara dia. Nak ingatkan dia pasal tanggungjawab dan sebagainya. Tapi pi mai pi mai tang tu jugaklah.

Nak kata tak mampu, sedara aku ni berkemampuan juga orangnya. Hidupnya mewah. Anak2 dia semuanya dressing tak pernah kalah. Kalau aku beli jeans Levi's RM200 lebih, anak dia boleh beli yang RM400 lebih. Kalau aku pakai handphone RM1200, anak dia boleh beli yang RM2100. Aku pakai Honda, dia pakai Toyota. Aku pakai 4 angka, dia boleh pakai 2 angka lagi. Tapi, kenapalah hutang yang sebulan seratus tu liat bebeno nak membayarnya? Dah namanya hutang, kena bayarlah.

Memandangkan dia ni sedara belah wife aku, seboleh2nya aku tak nak masuk campur. Aku diam2 dan perhatikan sahaja. Selagi wife aku boleh bersabar, aku pun boleh bersabar jugak. Tapi kalau nama wife masuk dalam suratkhabar dan kena blacklist dan aku kena melancong around the world sorang2, aku bakar rumah dia. Peduli apa aku sedara ke tidak.

1 ulasan:

  1. kena jadi samseng macam ahlong agaknyerr.. ehehe

    BalasPadam