Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Julai 2010

Aku dan surat sokongan

Report politicians who seek favours, civil servants told

SEREMBAN: Civil servants must report to their superiors in writing if they are asked “favours” by politicians and the well-connected in the awarding of government contracts.

The directive covers recommendations of sila timbangkan (please consider), disokong dengan kuat (strongly recommended) and saya tiada halangan (no objections) made in all forms – written, spoken, email, telephone call or SMS – for contracts, permits, licences, citizenship and scholarship awards.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan, who made this clear in a recent circular, stressed that all decisions must be based on merit.

“Recommendations made by politicians or influential people should not in any way influence the decisions of the Government. We have come up with a comprehensive set of rules to check this because civil servants are often caught in a bind with requests or recommendations from politicians and influential people,” he stated in the circular.

Sidek said any recommendation received in writing must be attached to the application file.

“If the favour is sought verbally, then the details of this communication, such as time and date, must be written and attached with the particular application,” he said, adding that once this was done, the civil servant concerned must report it in writing to his superior for further instructions.

If the civil servant is unable to do so for any particular reason, then he or she should report the matter to the government agency concerned.

“If the favour sought or recommendation made is related to a government contract, the matter should be reported to the Finance Ministry.

“If it is regarding permits or licences, then it should be referred to the relevant agencies,” he said, adding that if the favour sought was connected to a corruption or abuse of power case, the civil servant must report to the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Cuepacs president Omar Osman said the directive was timely to prevent the abuse of power.

“Although most decisions are made based on provisions of the law, it is better to have such a rule so that there will be more transparency,” he said.

Omar said on the other hand, there were also civil servants who were active in politics and had easy access to politicians and could easily seek favours and recommendations from them.

“There are cases where civil servants had themselves obtained recommendations from ministers or Members of Parliament for scholarships and places in university for their children.

“Some even ask recommendations to get promotions. When this happens, it becomes a disadvantage to those who are not well connected,” he added.

Masa aku kecik2 dulu, bapak aku cukup percaya dengan ahli2 politik ni. Bapak aku cukup percaya satu surat sokongan daripada mana2 ahli politik boleh mendapatkan kita apa sahaja. Benda2 yang tak boleh, menjadi boleh. Yang susah menjadi senang dan yang lambat boleh menjadi cepat. Bapak aku bukan peneroka felda. Masa kawan2 dia sibuk masuk felda, dia tak mohon kerana arwah emaknya tak beri. Tapi bila umur dah lanjut, baru dia sibuk nak memohon. Itu sebab bila kawan2 dia kata mereka boleh tolong rekomen, boleh kenalkan dengan seseorang bapak aku sanggup pergi berjumpa mereka. Bukannya sekali tapi banyak kali. Bapak aku buang duit banyak untuk sewa kereta, untuk belanja makan dan sebagainya untuk dapatkan surat2 sokongan itu. Kononnya, yang tak boleh, yang susah dan yang lambat, boleh jadi sebaliknya. Tapi akhirnya, habuk pun tarak. Aku kesian dengan bapak aku yang mudah sangat percaya dengan kata kawan2 dia.

Aku memang tak percaya dengan surat2 sokongan ni. Aku lebih percaya kepada keupayaan diri sendiri. Kalau oranglain kata nak masuk asrama, nak dapat biasiswa, nak masuk U, semuanya kena ada cable dan pertolongan orang2 politik, aku memang tak percaya. Tapi orang2 kat luar sana sebaliknya. Dulu masa aku rapat dengan Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, ramai orang yang aku kenal dan tak kenal datang jumpa aku semata2 nak suruh aku rekomenkan sesuatu untuk mereka. Anak nak masuk sekolah asrama, anak tak dapat biasiswa, anak tak dapat masuk kolej yang dikehendaki, malah nak beli rumah kos rendah lot tepi pun nak mintak surat sokongan. Saban hari ada aje yang mintak tolong kat aku padahal aku dengan S/U parlimen tu bukan ada apa2pun. Yang mintak tolong dapatkan kontrak pun ada.

Aku cakap senang aje. Walaupun perhubunganku boleh dikatakan rapat, ianya sekadar kawan dan rakan berniaga sahaja. Takda hal aku nak introduce sapa2 untuk hal2 seperti itu. Kalau aku boleh dapat kontrak dengan cara macam tu, baik aku yang sapu. Apa kejadahnya aku nak kasi kat orang lain? Nanti orang lain yang kaya, aku dapat apa?

Masa kat hospital kerajaan dulu, selalu gak aku kena kacau dengan ahli2 politik ni. Bila ada ahli politik call aku, mesti nak mintak tolong punya. Tolong cepatkan buat post mortem, tolong rujuk pesakit ke hospital besar, tolong adjustkan MC, tolong pindahkan pesakit ke kelas satu, tolong itu, tolong ini. Semuanya menjadi sukar bila ahli politik masuk campur. Yang tak boleh, yang lambat dan yang susah, semuanya kena jadi boleh, jadi cepat dan jadi mudah. Masa inilah tekanan darah boleh naik dan migraine pun menyerang.

Tapi tak semua ahli politik sebegini. Biasanya orang2 bawah dia yang melebih2. Mentang2 kerja dengan sipolan bin sipolan, ingat besar sangat lesen yang dia pegang. Apa2pun, politician is always a politician...kena jaga kroni dan orang2 dibawahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan