Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

22 Julai 2010

Aku dan ubat selsema



Sejak dua menjak ni, ramai pesakit mengadu kat aku bahawa ubat selsema aku dah tak "power" macam dulu. Kalau dulu makan sebiji dua dah OK tapi sekarang habis sepapan pun tak baik2 jugak. Jadi, sebelum pesakit2 aku lari mengadu kat tempat lain, mana2 yang selsema teruk aku bagitahu awal2 bahawa ubat selsema aku dah tak "power" macam dulu. Ini sebabnya.

Kalau selsema yang biasa2, ubat2 yang mengandungi antihistamines dah cukup dah. Tapi kalau hidung sumbat, mata berair, kepala sakit, itu nak kena yang ada Pseudoephedrine barulah "power". Pseudoephedrine(PSE) inilah yang paling bagus sebagai nasal decongestant. Biasanya PSE dicampur dengan bahan2 lain seperti antihistamine, Guaifenasin, Dextrometophan dan Paracetamol untuk mempermudahkan penggunaannya.

Antara kesan2 sampingan ubat ini ialah rasa mengantuk, jatuh berdebar2 dan resah dan kadang2 menyebabkan tekanan darah tinggi, jatuh melompat2 dan berhalusinasi. Ubat ini tidak sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, masalah thyroid juga perempuan2 mengandung. Walaubagaimanapun, ini ubat yang aku suka sekali. Kalau aku selsema, sebiji dua dah cukup untukku. Memang ada rasa mengantuk sikit tapi yang lain2 takdapun. Tak pernah aku berhalusinasi terbang di udara, menjadi superhero atau memandu Odyssey 180km/j di highway.

Dulu ubat ini digunakan secara meluas di hospital2/klinik2 kerajaan. Ubat ini nama glamournya ACTIFED dan sangat mudah didapati sebelum ini. Masalah mula timbul bila ada ahli2 kimia bijak pandai yang mengubah ubat ini jadi benda lain. Untuk pengetahuan semua, PSE adalah bahan asas untuk buat pil goyang ataupun Methamphetamine menyebabkan penggunaannya mula dikawal oleh kerajaan. Aku pernah dapat surat daripada KKM menyuruh aku masukkan ubat ini dalam senarai ubatan DDA dimana aku kena catat nama, alamat, I/C dan bilangan yang aku jual kat pesakit. Aku tak menghiraukan pekeliling ini kerana korang ingat aku takda kerja lain ke?

Selain daripada aku, klinik2 lain pun langsung tak hirau pasal arahan itu. Jadi kerajaan kejar pulak kilang2 ubat. Mereka hadkan pengeluaran mereka dengan menyekat mengimportan PSE ini. Maka, yang kena ialah klinik dan juga pesakit kerana ubat tiada stok. Dah lebih 3 bulan aku takda stok ACTIFED kat klinik aku. Yang ada hanya sirap untuk budak2 punya. Itupun stok lama punya. Jadi, kalau ada pesakit selsema datang klinik, balik2 antihistamine iaitu PIRITON, POLARAX, LORADINE dan CLARITYNE. Masing2 mengeluh sebab selsema panjang sangat. Tapi apa boleh aku buat? Kalau dah teruk sangat, aku cadangkan mereka minum sirap ACTIFED yang aku ada. Minum double dose.

Sesetengah negara sudah mengharamkan pengeluaran ubat ini tetapi ada juga yang sekadar menghadkan penggunaannya. Versi baru ubat ini sedang dalam proses tetapi ubat bentuk baru yang diubahsuai yang dinamakan phenylephedrine kurang powerlah sikit.


Methamphetamine dikenali dengan pelbagai nama kalau dipasaran. Selain pil goyang untuk 'Sehati Berdansa' sepanjang malam, pemandu lori dan bas ekspress banyak menggunakannya untuk kekal cergas semasa memandu. Ubat ini boleh menyebabkan ketagihan yang dahsyat dan sukar diubati. Ini bermakna, sekali terkena pasti sangkut selama2nya. Penyeludupan bahan ini ke negara kita sangat berleluasa kerana harganya yang tak pernah turun dan kalau lepas, setahun tak payah kerja dah.

Beginilah nasib ubat yang bagus untuk kesihatan. Ada aje mangkuk2 ayun yang akan menyalahgunakannya. Ubat2 lain seperti Codeine pun sama nasibnya.

Tahunkah anda bahawa kerajaan dah lama mengharamkan ubat biru untuk kudis? KMnO4 atau Sodium permanganate yang bagus untuk mengeringkan luka diharamkan kerana ianya boleh jadi bahan asas untuk buat bom? Iya ke ni? Kalau tak caya pergi tanya kat pengikut2 Jemaah Islamiah yang 'berlambak2' di universiti sekarang. Nasib baiklah kat klinik aku tak pakai ubat biru tu. Kalau tidak, masuk ISA nanti.

Sekian pelajaran pharmakologi untuk hari ini.

3 ulasan:

  1. hello.... saye siswa dari kolej islam sains dan teknologi......
    menagmbil kos diploma pharmacy.........mase saye praktikal dulu,,,,,,, bertambun-tambun buat stok liktus kodeina fosfat......... zaman saye dulu x de pulak yang salah gune..... ishk2 budak skunk ni terlalu pandai..... tanpa melihat impak ke atas kesihatan masyarakat sekeliling,,,,,, skunk ubat ni kena kawal ..... ni yang x leh silap bancuh ubat,,,,,, kalau silap nanti kene marah ngan pegawai huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. Salam ziarah.
    Masalahnya bukan budak2 yang bancuh.
    Tapi tauke2 dadah sintetik yang bancuh.
    Jadikan pil2 goyang dan Ecstasy.
    Nak cepat kaya punya pasal.

    BalasPadam
  3. Salam
    Nak tanya, Sudafed non-drowsy ada dijual di farmasi tak?

    BalasPadam