Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Julai 2010

Aku jadi budak2...



Setiap kali ke Kluang aku mesti ke sebuah kedai hadiah dan cenderamata di tingkat 3, Plaza PCB. Walaupun banyak kedai yang dah tutup sejak Kluang Parade dibuka bersebelahan tapi kedai ini masih setia di sini cuma ruang niaganya makin kecik. Aku selalu beli figurine Naruto and the Gang kat sini.

Kali ini kedai tu dah tak jual lagi mainan Naruto. Jadi aku beli patung bola team Germany dan Spain. Dah macam budak2 aku gantung kat handphone aku. Setiap seminit, bola tu akan berkelip2. Anak aku mintak pun aku tak kasi. Memang mengalahkan budak2 kata wife aku.

p.s Patung Holland dan Uruguay takda. Yang ada Brazil, Argentina dan England sahaja. Team2 yang kalah awal, aku malas nak beli.

1 ulasan: