Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Julai 2010

Aku ke Hari Diskusi






Pukul 7.30 pagi, aku dah sampai kat depan klinik. Tunggu wife dan lepas tu pergi ke sekolah anak bujang aku. Hari ini kena ambik report card. Dah setengah tahun belajar, baru kali ini ada peluang untuk masuk kelas anak dan berjumpa dengan guru kelas dia. Aku dapat giliran no 7.

Secara amnya, pelajaran anakku sederhana sahaja. Tabiat pembelajaran masa sekolah rendah masih digunapakai. Semuanya nak mengharapkan guru dan bergantung kepada kerja rumah aje. Tabiat mengulangkaji pelajaran sendiri belum dimulakan dan semuanya nak kena disuruh baru nak bergerak. Matapelajaran yang melibatkan hafalan dan pengiraan seperti Maths, Sejarah dan Geografi dapat A. Tapi yang melibatkan pemahaman, membuat karangan dan berfikir secara kreatif seperti BM, BI dan Agama agak lemah. Kerja2 seni lagilah.

Aku dah siapkan bilik sendiri siap dengan meja tulis di tingkat atas tapi dia tak nak gunakan. Dia masih lagi buat kerja rumah sambil menghadap tv ataupun makan. Mana nak consentrate? Lagipun zaman sekarang, gangguannya banyak. Astro 24 jam, Facebook 24 jam, PSP game, wayang, majalah bolasepak, komik2 manga dsbnya semuanya menganggu emosi dan memendekkan masa belajar. Tak macam zaman aku dulu. Pusing2 main bola kat padang atau main BMX kat jalan. Tv, internet, wayang jauh sekalilah.

Aku kena berbuat sesuatu. Kalau tidak hanyut. Dan tiada siapa dapat mewarisi klinik aku bila aku tiada nanti. Budak2 macam dia perlu perhatian. Pelajarannya perlu dipantau. Tapi aku takda masa dengan dia. Pagi sampai malam aku di klinik. Yang ada masa bersama hanya hujung2 minggu yang biasanya dipenuhi dengan membuat kerja2 rumah dan melakukan aktiviti2 keluarga. Perlukah aku kerja setakat petang sahaja dan waktu malam dihabiskan bersama2nya? Ini yang perlu difikirkan.






2 ulasan:

  1. sebelum blame anak cuba tanya siapa yg sediakan semua tu...astro, psp, internet....

    BalasPadam