Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Julai 2010

Aku ke Johor Specialist Hospital






Aku baru aje balik dari Johor Specialist Hospital (JSH). Kakak ipar aku kena heart attack 2 minggu lepas. 5 hari yang lalu dia buat Angiogram dan terdapat salur darah yang tersumbat di dua tempat. Jadinya petang tadi dia buat prosedur stenting untuk betulkan salur darah yang tersumbat. Itupun dah postponed 3 kali sebab tiada katil kosong di CCU.

Kata abang ipar aku, prosedur dijalankan tanpa sebarang masalah tetapi selepas 4 jam, tiba2 tekanan darahnya turun mendadak. Telah berlaku pendarahan dan doktor tak pasti dimana puncanya. Mula2 kami semua risau jika pendarahan berlaku di tempat yang dibubuh stenting tu sebab jika itu berlaku, pembedahan besar berisiko tinggi perlu dijalankan. Nasib baik itu tidak berlaku dan pemeriksaan angiogram mengesahkannya.

Semasa kami balik tadi, kakak ipar aku sudah beransur pulih di katil CCU. Tekanan darah kembali stabil selepas satu pint darah digantikan. Semoga beliau terus pulih dan kembali menjalani hidupnya yang normal. Amin.

Klik ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stenting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan