Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Julai 2010

Aku kesian juga kat adik ni...

Paraphimosis is an uncommon medical condition where the foreskin becomes trapped behind the glans penis, and cannot be reduced (that is, pulled back to its normal flaccid position covering the glans penis). If this condition persists for several hours or there is any sign of a lack of blood flow, paraphimosis should be treated as a medical emergency, as it can result in gangrene or other serious complications.
Paraphimosis can often be effectively treated by manual manipulation of the swollen foreskin tissue. This involves compressing the glans and moving the foreskin back to its normal position, perhaps with the aid of a lubricant, cold compression, and local anesthesia as necessary. If this fails, the tight edematous band of tissue can be relieved surgically with a dorsal slit or circumcision. An alternative method, the Dundee technique, entails placing multiple punctures in the swollen foreskin with a fine needle, and then expressing the edema fluid by manual pressure. According to Ghory and Sharma, treatment by circumcision may be elected as "a last resort, to be performed by a urologist". Other experts recommend delaying elective circumcision until after paraphimosis has been resolved.



Pukul 8.30 malam Khamis, seorang ibu yang panik membawa anaknya berumur 6 tahun berjumpaku kerana kemaluan anaknya mula membengkak. Disebabkan anak itu berusia 6 tahun aku tak boleh nak buat apa2 sebab dia takut sakit. Puas aku memujuknya tetapi dia masih enggan diperiksa.

Dah 14 tahun aku jadi doktor dan aku berani bertaruh RM100.00 inilah yang dinamakan paraphimosis. Ianya adalah satu keadaan dimana budak2 yang belum bersunat 'terlepas kulit kemaluan'nya. Bila ini berlaku ianya perlu dibetulkan semula seberapa segera supaya keadaan tidak menjadi lebih serius.

Dengan segera aku merujuk beliau ke Unit Kecemasan hospital kerajaan untuk tindakan lanjut. Kalaulah aku yang merawatnya di hospital, aku akan inject ubat bius supaya dia tidur dan kemudiannya aku cuba kembalikan ke keadaan asalnya. Memandangkan masa itu ianya belum bengkak sangat, manual manipulation mungkin boleh membantu sekiranya kanak2 itu dipengsankan. Kaedah2 lain seperti Dorsal Slit, Dundee's technique dan Circumcision adalah pilihan seterusnya.

Nak tahu apa yang staf hospital buat kat adik ini? Walaupun aku dah tulis besar2 diagnosisnya, adik ini hanya diperiksa kira2 jam sebelas malam. Doktor lelaki yang memeriksanya kata " TAKDA APA2 NI.." dah suruh adik ini balik ke rumah. Dia suruh ibunya datang kembali keesokkan harinya untuk ambil antibiotik kerana dah lewat malam dan farmasi telah ditutup. Aku semacam nak pengsan bila ibunya membawa kembali anaknya ke klinik aku petang tadi.

Lantas aku merujuknya ke hospital pakar untuk tindakan lanjut.

p.s Aku dah semakin hilang kepercayaan dengan Unit Kecemasan Hospital daerahku. Kebelakangan ini ramai staf hospital yang datang ke klinik aku untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Rupa2nya bukan aku seorang yang mula hilang kepercayaan dengan hospital kerajaan. Sedih...

2 ulasan:

  1. ini memang paraphimosis kan.kenapala bagi balik.kesian adik tu.. ini kira emergency jugakla..

    BalasPadam