Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Julai 2010

Aku kesian kat adik ni...



Adik di atas berumur 8 tahun. Beliau mengalami kemalangan di sekolah seminggu yang lalu. Beliau terlanggar pintu kaca di surau sekolah dan mengalami banyak luka dimukanya. Guru sekolah segera menghantarnya ke Unit Kecemasan hospital kerajaan untuk rawatan. Ayahnya membawa beliau ke hospital untuk membuka semula jahitannya seperti diarahkan. Tetapi bila dia tengok ramai sangat yang menunggu giliran, dia singgah ke klinik aku.

Aku tergamam sebentar kerana kesan jahitannya sangat buruk. Bila aku perhatikan betul2, terdapat hampir 40 jahitan untuk luka2 beliau. Jahitannya terlalu rapat anggaran 3mm jaraknya, jahitannya terlalu ketat dan potongan benangnya ada yang langsung terlalu pendek. Aku cuba berbagai cara untuk buka jahitan tersebut tetapi gagal.

Cuba bayangkan jika ini berlaku kepada anak anda? Bagaimana perasaan anda? Kesan parutnya akan berkekalan sepanjang hayat. Di bahagian muka pulak tu. Sepatutnya kakitangan hospital bertimbangrasalah sedikit. Janganlah beri student2 baru belajar ataupun MA yang baru dapat lesen untuk buat kerja2 sebegini. Kalau buat pun, sepatutnya ada yang supervised. Nak aje aku suruh bapak dia bawak anak dia jumpa pengarah hospital. Takpun cari siapa yang incharged dan sepatutnya memantau kerja2 staf hospital tersebut. Tapi aku tak nak cari pasal. Aku hantar adik ni ke Klinik Pakar Bedah Plastik untuk tindakan lanjut.

Ini bukan kali pertama aku jumpa kes macam ini. Dah banyak kali dah. Ada yang guna sebesar2 benang untuk jahitan di muka. Dah macam jadi kaki lipan kalau tengok daripada jauh. Menjahit luka di kawasan terdedah perlulah 'sopan' sikit. Jangan main asal siap sahaja. Kalau boleh gunakan benang paling halus. Anggaran jaraknya 1cm dan simpulan jangan ketat sangat. Kena pastikan konsep 'minimal scarring' dipatuhi. Kalau tempat2 sulit lainlah. Kan muka tu melambangkan keperibadian?

Fikir2kanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan