Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Julai 2010

Aku musykil sikit...



Minyak naik 5 sen ke 6 sen? Ini persoalan yang aku ajukan kat pam attendan masa aku isi minyak malam tadi. Kat pam tu tulis 1.860 untuk 1 liter. Tapi bila aku tukar angle kamera aku, aku nampak no 5 dan no 6 nya pelik sedikit. Kat situ jugak aku keluarkan kalkulator sebab pam attendan tu blur semacam aje.

Aku isi minyak RM70.00. Kalau harganya RM1.86/liter bermakna aku dapat 37.63 liter. Tetapi kalau RM1.85, aku dapat 37.837 liter. Ini bermakna aku dapat harga yang betul. Salah pada paparan pam tu sahaja.

Baru aku ingat, En YunusBadawi ada beritahu zaman sekarang tak macam dulu. Dulu kalau harga minyak berubah kena setting pam satu2. Sekarang tak lagi. Tekan satu butang aje, semua pam automatik berubah. Nasib baik aku tak terus sergah manager pam minyak tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan