Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Julai 2010

Aku suka ke TESCO






1o sebab kenapa aku suka ke TESCO Kulai:
  1. Dekat bebeno dengan rumah aku. Tak sampai 5 minit perjalanan.
  2. Ruang parking kereta yang luas. Kalau nasib baik boleh parking betul2 depan pintu masuk.
  3. Semua barang keperluan harian ada di sana. Yang wajib ialah makanan kucing TESCO. Cuma RM46.80 untuk 8kg. Pasir kucing TESCO pun murah. RM5 untuk satu beg. Jimat...
  4. Aku ada kad keahlian. Dapat kumpul mata. 100 mata= RM1.00.
  5. Dapat rebate kalau guna kad kredit. Tapi aku jarang guna. Takkan beli sayur dan ikan pun guna kad kredit?
  6. Anak2 suka ke kedai majalah depan kaunter bayaran. Semua komik ada sana.
  7. Wife suka tengok koleksi tudung terbaru.
  8. Ada OldTown White Coffee cafe untuk lepak2 dan sembang2. Cuma wi fi kat situ lembab sangat. Tak macam yang kat Indahpura.
  9. Ada kedai jual tv besar2 kat depan OldTown. Setiap kali pergi mesti singgah kacau salesrep kat situ. Walaupun rep tu lelaki, aku mesti nak tanya macam2. 10 kali pergi, harganya masih macam tu jugak. Bilalah tv LED Samsung 42" tu nak turun bawah 5 ribu?
  10. Ada surau yang luas dan bersih. Tetapi bunyi bising aircond kat situ mengganggu konsentrasi bila sembahyang.

2 ulasan:

  1. tesco kulai ondway balik kampung me (sblom tol kulai) ke kg sri gunung pulai ngala ke pekan nenas.. sebab tesco kulai la IOI Mart bungkuss.. uhuhu

    BalasPadam
  2. Dah dekat sangat dah tu.
    Kan saya dah kata, dunia ni kecik aje.
    Rasanya satu hari mesti jumpa punya.
    Kat kampung ada durian lagi tak?

    BalasPadam