Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Julai 2010

Estimaku dah sihat...



Pagi tadi aku hantar Estimaku ke workshop kawan Hanif di Bandar Putra.
Dengan menggunakan stetoskop yang diubahsuai, dengan konfidentnya dia cakap,

" Ini alternator punya bearing sudah longgar. Kasi adjust ini gerenti hilang itu bunyi."
" Tukar ini mahal ke sifu?"
" Taklah, seratus lebih aje."
" Lama ke mahu siap?"
" Dalam 3 jam."

Memang betul diagnosis dia.
Pukul 9 aku hantar kereta,
pukul 12 dia call aku.
" You punya kereta sudah siap. Boleh angkat ambik."

Petang tadi aku bawak kereta aku lari 120 km/j
kat jalan2 kampung menuju ke rumah bapak mertua aku.
Langsung takda bunyi yang menyakitkan.
Ini bermakna kereta aku dah sihat.
Seperti dijanjikan,
aku kena tukar kasut baru untuk dia.
Dah janji kena tunaikan.
Kalau tidak, merajuk lagi karang.
Jadi, Honda Odyssey Absolute macamana?
Hmmm, tunggulah setahun dua lagi.
Atau sebulan dua lagi.
Tengoklah.
Road tax mati akhir bulan sembilan.
Ada masa lagi untuk berubah fikiran.

9 ulasan:

  1. aku pun tgh confuse nak angkat ODC ke estima..anak quota 5 je..

    BalasPadam
  2. Muazam,

    Estima lebih cantik.
    Ruang lebih luas.

    Ada yang kata,
    ODC macam Civic aje dalamnya...
    Tak sesuai untuk family.

    BalasPadam
  3. salam, saya bercadang nak pakai estima mcm doc pakai...kos penjagaan dan minyak ok tak....banyak tak problem keta estima ni. blh bagi pandangan.
    te

    BalasPadam
    Balasan
    1. My opinion,
      Estima is the best car for my family.
      Cantik luarannya.
      Selesa dalamannya.
      Mudah penjagaannya.

      Cuma,
      Estima is a recond car.
      Kena hati2 sebelum membelinya.
      Cuba baca cerita2 lama saya.
      Boleh jadi panduan.

      Padam
    2. saya dh tgk2 estima (A) 2.4 aeras ade sunroof...tp kwn2 byk yg pesan jgn beli yg ade sunroof..sbb selalu bocor/air masuk..betul ke.

      Padam
    3. Betul juga.
      Cuaca Malaysia panas.
      Getah kat keliling sunroof tu mudah kering dan merekah.
      Saya pernah kena sekali.
      Siap tadah dgn mangkuk.
      Tapi boleh repair sendiri.
      Pastikan getah tu tak kering dan jgn terlipat.

      Sunroof tu utk cantik aje.
      Masa beli kena ekstra charge.
      Tapi bila jual,
      Takda beza harga pun...

      Padam
    4. apa pandangan doc klau saya beli estima earas 3.0 (A) ok tak. penggunaan minyak dan kos penjagaan ok tak.

      Padam
    5. CC besar bermakna minyak lebihlah.
      Tapi lebih sedap dibawa kalau kat highway.
      Cuma road tax harga double banding 2.4

      Apa2pun,
      Tengok poket masing2.

      Padam