Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Julai 2010

Estimaku sakit...



klik untuk melihat kenangan bersama myEstima.

Tiba bulan September ini, genaplah 4 tahun usia Estimaku. Estima ini adalah kereta rasmi keluargaku yang ke-4 selepas Iswara, Perdana dan CRV. Estima ini adalah kereta kegemaran aku sekeluarga dan rasanya inilah kereta yang paling lama aku pakai setakat ini. Kalau ikut surat beranak dia, Estima aku dikeluarkan daripada kilang pada Jun 2001. Selepas jemu digunapakai oleh orang Jepun, ianya dieksport ke Malaysia sebagai kereta recond. Aku beli sebelum raya 2006 dan tahun ini ialah tahun kelima Estima ini berhari raya denganku. Adakah aku akan melepaskannya sebelum raya ini? Hanya takdir yang menentukan.

Estima ini cukup berjasa kepadaku. Dia tak pernah beri masalah kepadaku. Setiap kali servis tak sampai pun 300 ringgit. Sepanjang 4 tahun ini, aku baru tukar tayar sekali dan tukar belting dua kali. Estima aku dah sampai ke Rantau Panjang 2 kali, Perak sekali, Kuala Lumpur dan Melaka dah berpuluh kali. Tapi mileage baru nak cecah 100K. Memang masih sayang kalau nak dilepaskan.

Selepas balik daripada Kelantan bulan lepas, Estimaku mula mengeluarkan bunyi pelik dari enjinnya. Bunyinya kejap ada kejap takda. Kadang2 kuat kadang2 perlahan. Disebabkan aku jarang bawak kereta itu, aku tak ambik kisah sangat walaupun wife selalu komplen.

Semalam aku hantar dia kat doktor dia. Doktor Hanif tak berapa pasti masalahnya dan cadang aku bawak dia jumpa doktor pakar. Semalaman aku tak tidur kerana runsing dan takut masalahnya melibatkan ongkos yang banyak. Walaupun dia ada insurans sendiri, sakit pening camtu mana boleh claim? Kalau accident lainlah. Rugi aje bayar insurans 2 ribu setahun tapi sakit pening tak boleh claim. Kalau cedera atau patah baru boleh claim insurans.

Petang tadi aku jumpa sifu yang dimaksudkan. Nasib aku memang baik sebab sifu boleh diagnosed penyakit Estima aku dan lagi baik bila kat kedai dia ada barang yang nak kena tukar tu. Kalau tidak, aku kena tunggu beberapa hari lagi. Aku sebut 'barang' sebab aku tak tahu apa kejadah namanya. Tapi aku faham mana datang bunyi tu dan insyaAllah, selesai masalah bila ditukar dengan yang baru. Doktor manusia dengan doktor enjin guna istilah berbeza daa...

Kat kedai sifu tu, aku terjumpa kereta Estima Fabulous yang parking kat depan kedai aku jumaat lepas. Sifu cakap owner Estima tu nak jual sport rim 19" dan tayarnya sekali. Dah jemu pakai agaknya. Tapi sifu tu pesan, rim 19" tak berapa sesuai untuk enjin 2.4L. Kalau 3.0L boleh. Banyak kes enjin pecah bila speeding kat highway. Apa2pun aku dah janji kat Estima aku, lepas dia sihat nanti aku nak belikan kasut baru untuk dia.

Minggu depan boleh try test kat highway. Kita ronda2 sampai ke Putrajaya.

1 ulasan:

  1. honda odysey teww orang panggey 'honda mayat'.. me prefer jenis model yg lamer.. ehehe

    BalasPadam