Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Julai 2010

Estimaku sakit...(2)



Dr Hanif hanya berjaya menyelesaikan sebahagian penyakit Estimaku. Masa kat workshop, bunyi yang menjengkelkan langsung hilang tetapi bila sampai di rumah, ianya datang kembali. Aku tak salahkan Dr Hanif kerana rasanya Estimaku memang merajuk sungguh2. Banyak bahagian yang rosak dan perlu diperbetulkan.

Dr Hanif dah lama kenal aku. Dia tahu telingaku sensitif. Aku benci dengan bunyi pelik2 ni. Bunyi Vuvuzela kat live Piala Dunia pun aku tak suka inikan pulak bunyi asing daripada Estimaku. Aku jual Iswara kerana ada bunyi angin masuk melalui celah pintu, aku jual Perdana kerana ada bunyi cengkerik daripada speaker belakang, aku jual Wira pun sebab ada bunyi cengkerik jugak.

Aku masih sayangkan Estimaku. Tapi kalau ada yang berkenan dan kena dengan harganya, kita boleh duduk berunding.

Spesifikasi myEstima:
  • Estima X Recond 2001.
  • Used since October 2006.
  • 8 seaters with sun and moon roofs.
  • Mileage 99 650 km.
  • Totally accident free.
  • Original rim 15" (RM400 rebate if upgraded)
  • New PU body skirting from Brothers.
  • New side mirror covers with signal indicator.
  • Double DIN Radio/DVD/CD player brand JVC with screen.
  • Two headrest monitors from Brothers.
  • Reverse camera.
  • Stained free ( nobody vomited nor spilled anything yet )*
  • Original carpets with match cushion covers.
  • Using Fully Synthetic Oil and fully serviced by Hanif Jingga Auto Garage.
  • Well-maintained and treated as 2nd wife by owner.
* Ini menunjukkan betapa selesanya memandu kereta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan