Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Ogos 2010

Aku dan awal Ramadhan



Seperti dijangka, esok mula berpuasa. Aku tutup kedai malam ini. Dah janji dengan diri sendiri nak pergi terawih kat masjid. Pukul 8.30 malam, suasana di masjid dah macam pesta. Berduyun2 jemaah datang. Macam hari Jumaat pulak. Masa sembahyang Isyak, tak kurang 10 saf dipenuhi jemaah. Itu tak termasuk saf kaum wanita.

Masuk sembahyang Terawih, masih kekal 10 saf. Tapi budak2 dah kedengaran berlari2 ke sana sini. Lepas 8 rakaat, jemaah dah kurang 3 saf dan masa nak sembahyang sunat penutup, ada dalam 5 saf yang tinggal. Masing2 punya kiraan masing2 nampaknya. Bagusnya imam bergilir2 mengetuai jemaah. Macam passing baton gitu. Surah rasanya daripada juzuk pertama Al-Quran. Baguslah camtu. Sejuk sikit telinga mendengarnya.

Esok dah mula puasa. Belum apa2 anak2 dah tanya nak berbuka apa dan di mana lokasinya. Rumah sendiri, rumah atuk satu atau rumah atuk dua. Pilihlah sahaja. Ketiga2nya makan sedap2.

Kepada pembaca2 blog ini, diucapkan:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Lebihkan amal, kurangkan makan,
Lebihkan diam, kurangkan bercakap,
Lebihkan berjaga, kurangkan tidur,
Lebihkan bersedekah, kurangkan pembaziran.
p.s Esok Johor ada cuti am sempena Awal Ramadhan. Jangan jealous ya...

1 ulasan:

  1. me jeless wehhh.. dah lamer x cuti awal ramadhan ghitewww..

    BalasPadam