Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Ogos 2010

Aku dan Tradisi Buka Puasa

Kejap aje dah 4 hari kita berpuasa. Cuaca kat sini saban hari hujan terutamanya sebelah petang. Jadi keletihan berpuasa taklah terasa sangat. Anak2 pun aku tengok steady aje. Cuma bila dah pukul 6.30 tu, asyik tanya aje bila nak berbuka.

Berbuka puasa merupakan saat2 paling aku suka terutama bila tengok anak2 kelam-kabut ambik makanan, seolah2 macam dah sebulan tak jumpa makanan. Tangan kanan pegang air, tangan kiri ceduk nasik, kat mulut dah ada isi dah. Rasanya kalau kaki boleh pegang ayam goreng, dua2 kaki naik ke meja gamaknya.

Dalam keluarga aku, semuanya termasuk aku lebih suka makan nasik putih dan lauk-pauk bila waktu berbuka. Air masak dah cukup dah. Yang penting mesti ada nasi. Mee, laksa, kuih-muih dan air batu berwarna-warni kami semua tak heran sangat. Sebab itu aku jarang sangat bawa famili ke bazaar ramadhan. Bazaar dan jadi bazir ramadhan sebab kebanyakkannya hanya sekadar beli dan lepas tu longgok aje kat atas meja. Selera orang lapar dibulan puasa memang dahsyat. Kalau ke bazaar ramadhan, semua benda nak dibelinya. Semua benda nampak sedap dan menyelerakan. Nasi Ayam, nasi kerabu, ayam percik, soto, rojak, popia, pendek kata kalau dibeli, makan seminggu pun tak habis. Itu belum masuk pilihan air minumannya. Yang seorang nak air jagung, yang seorang nak air tebu, nampak cendul nak beli cendul, nampak milo nak milo, nampak ABC nak ABC. Pendek kata sekali ke bazaar, 30 ringgit mesti habis punya. Kalau dimakan takpa, ini dilonggok dalam peti sejuk. 2-3 hari kemudian, buang. Kan membazir tu.

Untuk sajian berbuka, aku dan wife lebih suka masak sendiri. Nak kata pandai sangat masak taklah jugak tapi bila masak sendiri kita tahu selera kita dan selera anak2. Kalau orang lain kata tak sedap, tapi anak2 kita boleh habis licinkan periuk belanga itu dah kira Oklah. Taklah membazir kan?

Selain masak sendiri, aku juga suka berbuka puasa di rumah emak dan emak mertua. Emak aku dan emak mertua aku paling suka kalau tengok aku sekeluarga datang berbuka puasa kat rumah mereka. Habis semua yang ada di peti sejuk dimasaknya. Mereka pun tahu selera aku dan anak2. Mesti ada ayam masak pedas, ikan masak asam pedas, ulam2an, sambal belacan, sayur kampung. Cuma satu yang aku risau bila berbuka di kampung, aku makan tak henti2. Berat langsung tak nak turun kalau asyik balik kampung aje.

Berbuka puasa di hotel2 belum menjadi tradisi aku. Seingat aku, baru sekali aku berbuka puasa di Hotel Goodhope Skudai kira2 2 tahun yang lepas. Itupun sebab terpandang banner besar di bangunan hotel masa aku lalu nak balik ke rumah. Ada promosi RM29.90++ seorang kalau tak silap aku. Aku tak sanggup tengok orang2 sekeliling aku yang mengumpul makanan atas meja dan hanya makan sedikit bila sampai waktunya. Selebihnya ditinggalkan begitu saja. Memanglah korang dah bayar harga makanan tu tapi ingat2lah orang lain. Orang lain pun bayar jugak. Pembaziran yang berlaku didepan mata menyebabkan aku malas nak berbuka puasa dihotel2. Nak tegur tak sampai hati, tak ditegur sakit hati. Tahun ni aku cakap kat anak2, kita boikot berbuka puasa di hotel. Sebabnya? Kebanyakan dapur2 hotel takda menpunyai sijil halal. Bila takda sijil halal, dah jadi syubhat sebab kita was2 halal ke tidak? Jadi, lebih baik makan kat rumah. Tak gitu?

Masa duduk di asrama, berbuka puasa memanglah tak best langsung. Lauk-pauk yang disediakan ikut menu biasa. Takda yang special. Kurma pun entah gred berapa entah. Lepas tu pukul 6.30 dah kena ambik makanan. Kalau lambat, lauk ayam tinggal yang kecik2. Kuah pun dah habis. Lepas tu berbuka kat bilik masing2. Nasib baik ada kawan2 senasib. Kalau makan sorang2 lagi bosan.

Tapi Alhamdulilah. Walau sesibuk manapun pekerjaanku, aku tak pernah berbuka puasa dalam bilik bedah atau pun dalam kereta. Jauh sekali takda makanan untuk berbuka. Cuba kita tengok rakyat Pakistan yang dilanda banjir besar sekarang. Mungkin mereka takda makanan untuk berbuka malah bersahur juga. Rumah dah hanyut, tanaman musnah, binatang ternakan musnah, kerajaan buat tak endah. Kita patut bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang kita ada.

Floods-related disasters are among the easier ones to predict

A flood affected woman breaks her fast on the first day of Muslim holy fasting month of Ramadan in a camp in Nowshera, Pakistan on Thursday, Aug. 12, 2010.

An aerial view of damage caused by flooding is shown in the Khyber Pakhtunkhwa province of Pakistan Aug. 5, 2010.

Many villagers are affected by the flood due to typhoon Ondoy that washed away many houses and establishments in Pasig City , Philippines , October 5 , 2009.

Klik ini untuk mengetahui selanjutnya tentang banjir besar di Pakistan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan