Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Ogos 2010

Aku dan bil Telekom


Dah 2 minggu aku tunggu bil telefon aku. Tunggu punya tunggu tak datang jugak. Tiba2 surat peringatan yang sampai. Habis, bilnya tak sampai macamana aku nak bayar?

Ini bukannya kali pertama. Klik ini.

Pernah sekali tu aku nak try test apa mereka nak buat kalau aku tak bayar. Walaupun nilainya cuma sekitar 100 ringgit, mereka tetap kejar aku beb. Macam ceti. Selang sehari ada perempuan call nombor klinik. Suruh aku bayar cepat2. Kalau tidak line akan dipotong.

Memang betul. Habis tempoh aje mereka potong line klinik aku. Kena denda 10 ringgit untuk sambungan semula.

Ini baru bil ciput2. Kalau company besar2 yang bilnya cecah ribu2, mereka buat apa agaknya ye? Hantar gangster dan baling cat merah gamaknya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan