Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Ogos 2010

Aku dan hari ini

Hari ini wife aku sibuk gila. Bila dia sibuk, aku pun terpalit juga kesibukannya. Dijadualkan nazir daripada kementerian nak datang ke sekolah hari ini. Persiapan yang dibuat sejak minggu lepas masih tak habis juga pagi ini. Maka terpaksalah aku menghantar anak sulung aku ke sekolah sebab wife nak cepat sampai ke sekolah dia. Ada paperworks yang belum sempurna katanya.

Maka dapatlah aku merasakan jem pagi hari sepanjang jalan daripada rumah ke sekolah. Biasanya pergi balik 30 minit sampai, hari ini lebih 50 minit. Nasib baik ada lawak2 bodoh Salleh Yaakob di SinarFM. Taklah terasa bosan sangat.

Dipendekkan cerita, nazir yang kata nak datang tak jadi datang nampaknya. Sama ada tersesat jalan atau sibuk ke sekolah menengah yang tengah jadi isu sekarang ini. Selamat kata wife aku.

Sebelah petang, wife kena ke kelas di UTM macam biasa. Lecturer dia yang ini strict sikit. Pukul 7 baru boleh balik. Bulan puasa ke tidak, tetap pukul 7 baru boleh balik. Maka, akulah yang kena buat hidangan berbuka untuk anak2. Aku masak simple aje,

Nasi Goreng Kampung Ala Warung Maggi,

Telur Goreng dan

Ulam timun dan nanas...

Takda kuih-muih atau manisan yang lain. Aku malas nak ke bazar Ramadhan. Syukurlah dengan apa yang ada. Sebelum pukul 7 wife dah balik pulak. "Lecturer tu lembut hati hari ini. " Maka dapatlah aku makan bersama2 apa yang ada.

25 orang warga asing yang patutnya datang pagi ini untuk pemeriksaan FOMEMA tak jadi datang jugak. Esok pagi pulak katanya. Tak kisahlah cuma bulan2 puasa ni malas betul nak buat prosedur. Walaupun ambik darah tu kerja mudah, tapi kalau dah 25 orang sekali gus, boleh juling bijik mata aku nak cari urat. Kalau yang datang tu kerja kebun kelapa sawit senanglah. Urat sebesar batang paip tapi kalau yang datang minah2 Indon yang baru sampai dari kampung dan belum pernah kerja, alahai. Urat macam helaian rambut. Halus2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan