Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Ogos 2010

Aku dan hujung minggu




Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah hampir sebulan tak menjengah emak dan abah. Masa aku sampai di rumah emak, tinggal abah seorang yang ada. Emak ke rumah kakak iparnya kerana ada kenduri. Abah tunjuk kakinya yang luka kena kaca. Kena jahit 5 jahitan. Kasihan...

Sebelum sampai ke rumah emak mertua, aku singgah ke rumah ipar2 aku dulu. Dua2nya tengah renovate rumah masing2. Pasang pagar baru, mosaic baru, dapur baru, cat baru. Raya sakan nampaknya mereka tahun ini.

Sampai kat rumah emak mertua pun tinggal abah seorang. Emak pergi kenduri doa selamat kat rumah jirannya. Malam tu walaupun aku sekeluarga datang sehelai sepinggang, aku kena tidur sana. Emak nak mintak tolong angkatkan buah2an daripada kebunnya. Alahai.

Pagi2 lagi wife dah bawak emak ke kebunnya. Malangnya mereka dah terlambat. Buah cempedaknya habis dikebas dek orang. Target dapat dalam 100-150 biji seperti selalu tapi yang tinggal tak sampai sepuluh biji. Heran betul aku. Hal2 makan yang jadi darah daging pun, orang masih nak curi jugak. Macamanalah hidup nak berkat? Anak2 nak jadi bijak pandai?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan