Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Ogos 2010

Aku dan hujung minggu

Seperti dijanjikan, famili dan adik-beradik aku dapat berbuka puasa bersama2 malam ini. Makanan sedap ke tidak tak penting. Yang penting ialah ikatan silaturahim yang dapat dijalinkan dan suasana kemesraan yang dapat diterapkan kat anak2 aku. Patutnya kawan aku Neil Amri ada sama tapi dia kena on call hujung minggu ini.

Dah lama aku tak jumpa dengan kakak aku juga abang iparku. Dah besar panjang anak dara dia.


Ini cucu terbaru emak aku. Dah masuk 3 bulan usianya. Memang menjadi kesayangan emak nampaknya. Pantang bunyi sikit, emak yang datang dulu. Emaknya selamba aje main Facebook.

Ini kuah Spaghetti dan Mee Spaghetti Ezanee beri. Dia pun pandai masak jugak. Boleh belajar dengan dia kalau minat masakan barat. Arwah emak dia punya pizza memang sedap. 10 kali lebih sedap daripada Pizza Hut.

Petang ini aku nak serang rumah emak mertua di Bandar Tenggara pulak. Puasa dah dekat 2 minggu tapi tak sehari pun aku berbuka di sana. Boleh gak singgah ke Bazar Ramadhan di sana. Bukan membeli pun. Saja tengok suasana dan orang2 yang datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan