Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Ogos 2010

Aku dan Ikan Tiga Rasa


Masuk hari ini dah 10 hari kita berpuasa. Bermakna dah 10 kali aku berbuka puasa dengan anak2. Nak tahu hidangan favorite anak2 aku? Kuah Ikan Tiga Rasa ciptaanku. Emak mereka dah try banyak kali tiru masakan aku tapi tak jadi jugak. Sedara-mara yang kat kampung pun tengok aku masak dan sambil salin resepi pun tak jadi jugak. Setiap kali anak2 nampak aku masak kuah Ikan Tiga Rasa ni, semua dah bersedia kat meja dengan sudu sorang satu. Nak tahu resepinya? Ini resepi orang sihat. Sapa2 yang ada kencing manis tak boleh makan ye?

Ikan paling sedap ialah siakaplah. Tak kira yang pancing kat laut ataupun yang ternak kat sangkar. Kat TESCO selalu ada offer ikan ini. Tapi memandangkan sekarang musim hujan, ikan ni makin kurang kat pasaran. Dan harganya, mak oii! Boleh beli beras 5kg. Ikan2 lain pun boleh jugak. Yang penting kena goreng garing dengan minyak yang banyak gitu.

Aku mintak maaf sebab aku masak tak pernah ikut sukatan. Semua main campak2 kat dalam kuali aje. Jadi pandai2lah korang agak2. Try and error gitu.
  1. Tumiskan lada, bawang merah dan bawang putih. Biasanya wife dah siap blendkan cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih sekali. Aku tinggal ambik kat fridge aje.
  2. Bila dah agak kering dan pecah minyak, tambahkan air. Kalau anaknya tiga orang, air dalam secawan gitu sebab kuahnya nak kena banyak. Kalau tidak gaduh nanti.
  3. Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos cili thai ikut sukatan masing2. Paling sedap sos jenama MAGGI sebab aku pernah try dengan sos jenis lain tapi rasanya kurang sikit.
  4. Tambahkan sedikit gula dan garam ikut rasa. Juga sedikit sos ikan.
  5. Tambah sedikit kicap manis.
  6. Aku suka letak bawang besar Holland yang telah dipotong untuk hiasan dan juga sedap dikunyah. Nak letak daun bawang/ketumbar pun boleh jugak tapi anak2 aku tak suka pulak.
  7. Bila kuat dah pekat, tuangkan ke atas ikan dan sedia untuk dimakan panas2.
  8. Kalau nak kuah tu mesra dengan ikan dan ikan tu lembut sedikit, bolehlah korang masukkan ikan kedalam kuah yang sedang mendidih terlebih dahulu. Ikut selera masing2.

Ini untuk resepi akan datang. Sotong Kuah Kacang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan