Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Ogos 2010

Aku dan Jawatan Kosong

Salah seorang pembantu klinik aku hantar surat notis nak berhenti kerja hari ini. Alasannya mengikut suami berpindah kerja di Pulau Sibu. Dia pun dapat jawatan kerani akaun di tempat yang sama. Jika disemak, dia adalah pekerja kedua paling senior di klinik aku. Bila dia berhenti, pening jugak kepala nak cari pekerja baru. Nak letak iklan, nak semak borang permohonan, nak buat interview, nak pilih yang bersesuaian, nak training, dan sebagainya. Malasnya...

Apa2pun, kepada sesiapa yang berhajat atau ada sedara-mara yang berminat nak kerja sebagai Pembantu Klinik di klinik aku, bolehlah datang isi borang. Kalau aku berkenan, nanti aku panggil untuk temuduga. Sapa2 yang bawak surat sokongan daripada mana2 ahli2 politik tak kira UMNO ke DAP ke, aku takkan layan. Yang kenalkan sedara-mara pun mendapat layanan yang sama. Kena beratur ikut barisan jugak.

Jawatan: Pembantu klinik
Waktu kerja: 8 pagi- 3 petang dan 3 petang-10 malam.
Gaji permulaan: RM 600 sebulan.

Kriteria yang diberi keutamaan:
  • Wanita yang telah berkahwin.
  • Boleh bekerja shift.
  • Memiliki kenderaan sendiri.
  • Ada lesen memandu.
  • Tiada masalah dalam urusan penjagaan anak.
  • Boleh kerja overtime jika diperlukan.
  • Sekurang2nya ada SPM.
  • Pandai guna komputer.
  • Boleh bertutur pelbagai bahasa.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tak lemah semangat bila tengok darah.
  • Tahan kena marah dengan pesakit yang cerewet.
  • Pandai cover line kalau doktor lambat datang/tak datang.
  • Boleh baca tulisan doktor yang macam cakar ayam.
Keistimewaan bekerja di klinik:
  • Kerja 5 hari setengah seminggu, 7 jam sehari.
  • Cuti pada hari Ahad dan kadang2 hari Sabtu juga.
  • Setiap kali kakitangan kerajaan cuti, klinik pun cuti.
  • Waktu rehat boleh jalan2 dan balik ke rumah.
  • Kalau sakit, dapat free consultation dan ubat2an.
  • Dapat baju seragam.
  • Boleh sembang sakan kalau pesakit takda dan doktor ponteng kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan