Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Ogos 2010

Aku dan kisah pesakitku

Seorang perempuan Indonesia. Berumur 23 tahun. Dah 3 tahun kerja kilang di Malaysia dan bulan 12 ni habislah kontraknya. 2 minggu kebelakangan ini dia pergi ke beberapa klinik kerana loya dan muntah berterusan. Beliau juga pernah dimasukkan ke wad hospital kerajaan kerana masalah yang sama. Selepas beberapa botol air dimasukkan, dia dibenarkan balik. Doktor kata," Ala, sakit gastrik biasa aje." Malangnya sakit perut, loya dan muntahnya tetap tak berkurangan. Dah beberapa hari dia ponteng kerja kerana sakitnya itu.

Akhirnya dia sampai juga ke klinik aku. Soalan serkap jarang aku yang mula2 sekali ialah, "Kau mengandung ke?". Dia cakap dah 2 bulan tak datang period. "Takda sapa2 tanya ke?". " Takda." " Kenapa tak cakap dengan doktor?"." Habis, tiada sapa yang bertanya, saya tak jawablah. Saya ingat di hospital doktor sudah check."

Walaupun usianya baru 23 tahun, dia dah berkahwin rupanya. Suaminya ada di Klang, Malaysia. Bila urine test sahkan positif mengandung, aku dah tak payah pening2 kepala lagi untuk nak beri ubat apa. Bila penyebabnya dah tahu, senanglah mengubatinya.

Perhatian! Tak semestinya perempuan sakit perut itu sakit gastrik ataupun saja2 nak MC tak nak pergi kerja. Kena bersangka baik di bulan mulia ini.

2 ulasan:

  1. salam,
    camner erk doc yg beri rawatan awal kt patient nie x suspek dia nie mengandung, sepatutnya kalau dah symptom camtue patut tanya LMP dia.

    BalasPadam
  2. salam ziarah.
    Kebanyakannya sebab salah anggapan.
    Kes2 camni biasanya doktor suspect Gastrik atau sekadar suka2 nak cari MC.

    "Assumption is mother of a disaster"

    BalasPadam