Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Ogos 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 35 tahun. Bekerja sendiri. Sepanjang bulan puasa ni dah 5 hari dia tak puasa. Dia dah pergi ke 4 klinik termasuk klinik kerajaan kerana sakit perut. Semua tempat dia pergi, doktor kata dia ada gastrik, gastrik dan gastrik. Takda sakit lain. Macam2 ubat gastrik dia makan, tapi sakitnya tetap ada. Walau hari tak puasa pun, sakitnya tetap sama.

Bila dia datang ke klinik aku, andaianku tetap sama seperti doktor2 kebanyakan. Lelaki muda datang klinik pagi2 mesti nak cari MC. Lelaki muda sakit perut di bulan puasa mesti gastrik punya. Tapi nasib baik aku tak terpedaya dengan anggapan2 dan andaian2 negatifku.

Bila aku soal selidik dengan lebih lanjut, aku simpati dengan dia. Dia memang betul2 sakit. Dia memang dah frust sebab pergi sana-sini doktor cakap benda yang sama dan beri ubat yang sama. Dia kata dia bukan tak nak puasa, tapi sakitnya melampau2 terutama waktu tengahari dan lewat petang. Dia ada bisnes sendiri. Dia tak perlukan MC. Malah kalau dapat MC pun dia tetap kena pergi kerja. Dia pernah 2 kali datang ke klinik aku sebelum ini. Jadi sedikit sebanyak aku dah tahu sejarah kehidupannya. Andaian2 negatif aku buang jauh2 demi untuk mencari punca sakitnya.

Dipendekkan cerita, dia kena batu karang. Aku pernah kerja di unit urologi dulu jadi sedikit sebanyak aku ada gak pengalaman ekstra. Mesin ultrasound yang selalu aku guna untuk check baby, aku guna untuk locate buah pinggangnya dan sah, buah pinggangnya bengkak ( mild hydronephrosis ). Daripada ceritanya, aku dah boleh agak sebab sakitnya bukan di ulu hati tetapi di sebelah kiri perut. Bila sakitnya datang, dia rasa macam2. Beberapa kali ke bilik air tapi takda apa yang keluar.

Dengan sedikit ubatan yang aku bekalkan dan nasihat mengenai penjagaan di rumah, aku harap beliau beransur pulih dan boleh berpuasa semula. Aku suruh dia datang balik selepas 3 hari jika sakitnya tidak berkurang. Aku nak suruh dia buat IVU. Aku nak rujuk dia ke ex-boss aku di Puteri Specialist Hospital.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan