Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Ogos 2010

Aku dan kopi beracun


Ramai juga patient aku yang tanya aku pasal kebaikan dan keburukan kopi2 segera ini. Kopi campuran bukan setakat 3 dalam satu tapi ada yang 10 dalam satu. Dalam kopi boleh tambah segala jenis benda; Tongkat Ali, Ubi Jaga, Cendawan, Halia, Barli, dan segala macam benda yang kononnya mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan. Tongkat Ali contohnya. Rasanya ada kajian menunjukkan bahawa Tongkat Ali yang ada terlalu sedikit untuk memberi kesan kepada peminumnya. Dan lagi, benda2 tambahan tu masih kekal aktif ke jika dilarutkan dalam air panas?

Senarai yang aku jumpa dalam Berita Harian menunjukkan kopi itu menjadi racun dan bukannya minuman. Orang yang meminumnya akan jadi kuat dan bertenaga kerana kebanyakannya mengandungi bahan aktif "Viagra".

Aku tak pernah percaya kat benda2 mengarut ni. Sepatutnya dah lama kerajaan mengharamkan iklan2 dan produk2 kopi seperti ini yang bukan sahaja mengelirukan malah membahayakan kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan