Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Ogos 2010

Aku dan pagi ini

Castello bersama2 anak dan anak sedaranya;

Rumahku selepas operasi;

" Doc, saya tak sakit apa2. Cuma nak MC dua hari. Semalam dan hari ini."
" Doc, ubat darah tinggi yang doc bagi tertinggal kat kampung. Ni datang nak ambik ubat dan ambik MC. Kalau boleh semalam punya sekali."
" Doc, anak saya ni dah 2 hari demam. Pagi tadi dah ambik ubat kat klinik sebelah. Cuma nak confirmed dengan doc apa sakit anak saya ni. Ubat semua dah ada dah..."
" Doc, saya punya due bersalin minggu depan. Boleh tak doc kasi MC untuk saya rehat sampai bersalin. Malaslah nak kerja."
" Doc, saya nak scan baby saya. Nak tengok sihat ke tidak." " Dah berapa bulan? ". " Baru nak masuk 2 bulan." 2 bulan??? Apa yang nampak?
" I everywhere pain. Head pain. Back pain. After makan, muntah. Night no sleep. Body no power."
" Doc, saya ada buat kerja part-time. Buat wiring kat rumah sedara. Boleh tak doc kasi MC esok dan lusa. Nak siapkan kerjalah. Sedara dah bising2."

Boleh sakit jiwa aku jadinya kalau setiap hari kena menghadap karenah pesakit2 yang sebegini. Dah beberapa hari aku tahan tapi pagi ini, aku rasa malas sangat nak jumpa pesakit2 aku. Jadi, aku melepak kat rumah aje pagi ini. Lantaklah pesakit nak kata apa pun, aku tak kisah.

Pagi ini dimulakan dengan mendengar emosi pendengar2 dan celoteh2 gila SY,Krill, Mak Neng, Wak Jawa dan K.E di radio SinarFM. Kak Engku dah masuk kerja pagi ini. Macam biasa aje dia. Bagus cadangan2 dia kepada pendengar2 yang bermasalah. Hidup mesti diteruskan. Perut mesti diisi dan anak2 perlu dibesarkan.

Lepas tu aku tengok kucing2 kesayangan aku. Ibu2 kucing yang dalam pantang aku letak kat bilik air atas. Castello dapat 3 anak manakala Cherry tinggal 2 anak (lagi 2 dah mati). Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kuasa. Ciri2 keibuan kucing2 itu datang dengan sendirinya. Mereka sayang betul dengan anak2 dia. Pantang anak dia berbunyi sikit, cepat2 mereka datang peluk dan jilat anak2 dia. Kedua2nya beranak cukup mudah. Aku langsung tak nampak sebarang kesan darah di mana2.

Lepas tu, aku kemas rumah. Kalau sesiapa kenal aku masa kat kolej dulu, tentu dah masak dengan perangai aku. Bila aku kebosanan, aku mesti kemas bilik aku. Tengah malam pun tengah malamlah. Aku mesti ubahsuai perabot kat bilik aku. Aku kemas meja tulis aku. Aku ganti poster2 kat dinding. Aku mop lantai. Aku lap cermin tingkap. Aku susun semula majalah2 aku ikut abjad dan bilangan. Majalah Gila-Gila, Ujang, Anjung Seri...

Lepas tu, aku bukak blog kawan2. Seronok baca interview en_me dengan DrSinga. Walaupun langsung tak kenal dan tak pernah jumpa, rasa macam dah kenal lama. Terhibur gak hati yang duka-lara.

Lepas ni nak basuh kereta pulak. Semoga petang ni, aku dapat semula semangat untuk mendengar dan merawat keluhan pesakit2 aku.

4 ulasan:

  1. 'Doc....Saya nak beli MC boleh???!!!!'
    .
    .
    geram tahap nak lempang kan!!!!
    :)

    BalasPadam
  2. vah vah vah interview me pown sampi kesinih erk.. thanx doctor doctor semalaysia.. salamm

    BalasPadam
  3. uncle zul..
    semuenye ank brape ekor??
    uncle zul nk jual brape rm seekor??

    BalasPadam
  4. Ni sapa nak beli ni?
    Kalau sedara boleh dapat diskaun.
    Kalu bukan sedara, harga boleh runding.
    Semuanya ada 5 ekor.
    Banyak yang jantan rasanya...

    BalasPadam