Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Ogos 2010

Aku dan penyakit orang kaya



"The disease of Kings" dan " Rich man's disease" adalah kiasan kepada penyakit yang aku rasa dah terjangkit kat aku. Mula2 dulu aku cuba menafikannya bila wife kata aku kena penyakit ini tetapi sekarang aku kena terima hakikat bahawa aku dah terkena penyakit orang2 kaya ini. Apa yang aku tahu, penyakit ini sepatutnya kena kat sendi ibujari kaki dahulu sebelum berpindah2 ke sendi2 lain. Aku tak pernah sakit kat sendi ibujari kaki jadi sebab tu aku tak yakin aku kena sakit ini.

Apa yang aku alami ialah bengkak jari2 tangan dan pernah sekali sendi rahang aku. Lepas beberapa hari baru hilang sakitnya. Itupun selepas beberapa biji Felxicam, Synflex atau Arcoxia aku telan. Aku tak pernah check paras uric acid dalam bahan aku kerana tak semestinya jika uric acid aku normal, aku tak akan kena sakit ini. Yang aku tahu hanya 10% sahaja mereka yang ada hyperuricaemia mendapat simptom2 sakit ini. Rasanya aku kena check juga. Nak tengok berapa tinggi levelnya juga berapa kaya aku sekarang. Dah tahap jutawan ke belum?

Penyakit ini biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak makanan berkhasiat. Makanan berkhasiat seperti daging, organ2 dalaman haiwan, makanan laut, alkohol juga makanan berkacang boleh menjadi penyebabnya tetapi tidak semuanya. Sebab itu dinamakan penyakit orang kaya kerana hanya orang kaya sahaja yang makan daging dan seafood selalu. Ye ke?

Ianya juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan, kurang minum air masak dan kurang bersenam. Orang2 yang berpenyakit kronik yang kurang bergerak dan lebih banyak berehat di rumah, lebih berisiko untuk kena sakit ini. Penyakit ini juga lebih suka hinggap kat orang lelaki. Orang perempuan yang telah putus haid baru senang kena sakit ini. Yang muda2 jarang kena. Kenapa ya? Mungkin kerana orang perempuan sentiasa bergerak aktif gamaknya. Tak macam orang lelaki yang kuat tidur, kuat bersembang di kedai2 kopi dan jarang ke dapur.

Untuk aku mencegah dan mengurangkan kesan penyakit ini mudah sahaja. Aku kena kurangkan berat badan( susah ni ), lebihkan bersenam( takda masa ), jaga pemakanan( kena usaha lebih ) lebihkan minum air masak ( OK ), lebihkan minum kopi( boleh saja )dan makan Vitamin C banyak2( nanti order ). Masalahnya sekarang bulan puasa. Habis camna? Tang jaga makan yang susah sebab selera orang puasa ni lain sikit. Nak minum air banyak2 pun susah gak. Kang tak boleh tidur malamlah pulak sebab asyik nak ke bilik air jer.

Apa2pun aku kena terima hakikat bahawa aku dah tua. Walaupun tak kaya mana tapi sekurang2nya aku dah ada penyakit orang kaya2. Cukuplah tu. Penyakit2 orang kaya yang lain aku tak nak. Na'uzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan