Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Ogos 2010

Aku di Restoran Maz Garden





Restoran ini terletak berhampiran dengan Plaza Tol Kulai. Selain restoran ini, ada juga Restoran Wild Wild West ( non halal ), kawasan menunggang kuda, tempat main Paintball dan nurseri tanaman orkid dalam kawasan yang sama.

Tauke restoran ini jiran aku. Dia dah beberapa kali ajak aku berbuka kat restoran dia dan hari ini aku tak nak menghampakannya. Bersama2 aku ada lebih 5 keluarga dan sepasukan polis trafik yang berbuka bersama. Memang seperti yang tercatat di bannernya, ada lebih 30 jenis hidangan untuk dinikmati. Memang kalau ambik semua jenis, tak muat satu meja.

Dah nama makan free, patut2lah. Takkanlah aku nak melantak semua sekali. Apa2pun kenyang tetap kenyang. Sedap sudah semestinya. Alhamdulilah. Inilah pertama kali sepanjang bulan ramadhan, aku berbuka puasa kat luar. Jangan takut. Gerenti halal punya.

2 ulasan:

  1. kat simpang tol ke gunung pulai kanns.. ehehe, slalu limpas situ, tp x tahulah me ada restoran melayu kat siteww.. yg me nampak restoran tak halal jakk.. ahaks

    BalasPadam
  2. Walaupun jiran tu dah lebih 5 tahun berniaga kat situ, saya baru 2 kali pergi ke restoran dia. Restoran tu selalu buat majlis2 utk orang2 politik dan kerajaan. Saya malas nak campur.

    BalasPadam