Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Ogos 2010

Aku Kena Ambik Darah

Seperti dijangkakan, ketibaanku di klinik pagi ini disambut dengan 28 orang warga Indon yang nak buat pemeriksaan FOMEMA. Habis lari patient2 aku bila tengok ramai sangat warga asing kat depan klinik.

Pemeriksaan FOMEMA tak susah sebenarnya. Staf aku dah boleh buat semuanya. Aku bahagian cucuk dan ambik darah sahaja. Aku pernah juga ajar staf aku ambik darah tapi setakat ajar ajelah. Masing2 takut nak cucuk orang.



Kalau yang lelaki, urat2 darah semua timbul2 terutama yang kerja kat kebun atau kerja bangunan. Tutup mata pun boleh ambik darah. Aku guna Vacutainer system. Cepat, mudah, bersih dan selamat. Mula2 dulu, staf aku bagi botol sorang satu kat mereka dan suruh mereka pegang. Siap label sekali. Masuk jumpa aku tinggal hulur botol kat aku. Masalahnya ada yang jadi mangkuk ayun. Botol tu dicabut tutupnya. Jadi vakumnya dah hilang. Bila cucuk kat dia, darah tak nak keluar. Dah kena cari botol lain. Sejak kejadian itu, lepas isi darah baru staf aku labelkan. Ada aku dengar kat klinik lain, botol darah boleh diisi dengan air kencing. Sakit perut aku ketawa. Macamana muncung botol yang kecil tu boleh muat dengan 'anu' dia. Hmmm...





Bila kena yang perempuan, aku mula sakit kepala. Masing2 tak pernah kerja berat. Urat langsung tak nampak. Kalau seorang dua takpa. Ini 15 orang. Sampai juling biji mata membelek lengan orang mencari urat. Vacutainer system memang tak boleh dah. Kena guna kaedah biasa iaitu syringe and needle.


Hari ini ada salah seorang Indon tu patahkan kepala paip di sinki aku. Rasanya dia tak pernah guna kepala paip agaknya. Nak suruh ganti tak sampai hati. Pintu dan selak kat bilik air jangan ceritalah. Asyik kopak aje bila mereka gunakan. Duitnya belum dapat lagi tapi dah kena keluar duit untuk panggil plumber.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan