Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Ogos 2010

Aku, manusia dan haiwan

Hairan ya. Haiwan lebih menyayangi anak berbanding dengan manusia. Anak sendiri. Zuriat sendiri. Darah daging sendiri. Sepatutnya mereka malu dan takut dengan Tuhan. Beginilah umat akhir zaman. Mereka lebih takut dan malu dengan manusia sekeliling banding dengan Tuhan.

'Mereka mahu bunuh bayi ini'

AMPANG: “Saya yakin mereka yang membuang bayi ini berniat membunuhnya,” kata Jamaludin Mawardi, 17, yang menjumpai seorang bayi perempuan dalam pembetung longkang berair berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Klang Gate di sini, petang semalam.

DI SINI..Jamaludin menunjukkan tempat bayi terbabit (gambar kecil)  ditemui.

Ketika diselamatkan kira-kira jam 3.20 petang, bayi yang masih bertali pusat dan bogel serta terendam dalam air itu diselaputi lumpur dan kotoran serta menangis sekuat hati.

Jamaludin berkata, ketika kejadian dia bermain bersama rakan di kawasan itu sebelum terdengar tangisan bayi, namun hairan kerana ia datang dari arah longkang besar tidak jauh dari MRR2.

“Saya memberanikan diri meninjau ke dalam pembetung itu sebelum terkejut melihat kaki bayi terjuntai keluar dari longkang berkenaan dan bergerak-gerak.
“Sebaik menyedari bayi itu masih hidup, saya memanggil penduduk dan pekerja stesen minyak berhampiran untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai berusaha mengeluarkan bayi perempuan itu dari dalam pembetung berkenaan dengan berhati-hati.

“Ketika itu saya lihat seluruh tubuh bayi terbabit diselaputi lumpur dan kotoran longkang. Keadaannya teruk dan mungkin akan mati jika tidak diselamatkan segera kerana pembetung itu berair.

“Orang yang membuang bayi terbabit binatang berwajah manusia yang tidak ada akal. Saya yakin ibu bayi itu berniat membunuhnya,” katanya.

1 ulasan:

  1. this boy can be nominated for the Hang Tuah award.

    BalasPadam