Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Ogos 2010

Aku dan warga asing

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, aku tak suka betul dengan demonstrasi2 sebegini. Setiap perkara boleh diselesaikan dengan rundingan secara aman. Tetapi jika rundingan tak akan berjaya kerana sebelah pihak hanya memikirkan duit dan untung sahaja, beginilah jadinya.

Aku tahu nama kilang ini. Aku juga tahu siapa HR manager dia. Kilang ni dah beberapa kali kena komplen tetapi kesudahan dan jalan penyelesaiannya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Warga2 asing dilayan seperti manusia kelas bawahan. Memanglah mereka takda pelajaran dan kebanyakannya buta huruf. Mereka datang ke sini pun sebab ditipu oleh agen2 mereka. Dijanjikan gaji seribu lebih sebulan tetapi bila ditolak itu ini, tak sampai pun separuh gaji mereka. Itupun kerja macam nak mampus, seminggu 7 hari kerja, 12 jam sehari. Selagi boleh bernafas, kena kerja. Ponteng kerja tolak seratus ringgit sehari. Penghabisnya, aku dan klinik aku yang jadi mangsa keadaan. Datang klinik tanpa faham sepatah bahasa pun dan sakit bukan2.

Mereka sebenarnya ditindas hak2 mereka dan diperah tenaganya. Hidup bersesak2 di asrama yang sempit dengan kemudahan paling minimum. Masalah bahasa menjadi salah satu puncanya dan kurangnya ilmu pengetahuan termasuk tak tahu membaca dan menulis memburukkan keadaan. Yang untung tauke2 kilanglah. Dapat tenaga kerja yang murah dan untung berlipat-kali ganda.


Aku simpati dengan mereka. Kerajaan rasanya tutup mata dengan penderitaan mereka. Selagi mereka masuk secara halal dan membayar levi yang pelbagai, kerajaan pasti tak kisahkan nasib mereka. Yang penting, kerajaan untung bila levi dibayar dan bila company bayar income tax. Yang lain2, kerajaan peduli apa? Masalah sosial dan persekitaran yang dibawa oleh warga2 asing ini bukan masalah bagi mereka.

Onlookers pelted with stones as protest over death of Nepali turns ugly

JOHOR BARU: A protest by more than a thousand foreign factory workers at their quarters in the Tebrau industrial area turned violent on its second day, as a guardpost was destroyed and onlookers were pelted with stones and rubbish.

The protest, which lasted some eight hours, also saw the workers – mainly from Nepal, Myanmar, Vietnam, Bangladesh and India – turning fire extinguishers on bystanders and chasing after a vehicle ferrying two health inspectors.

It is learnt that a bystander suffered a minor cut on his head after being hit by a stone thrown by a worker.

However, the 200 policemen deployed to the scene managed to prevent the fracas from spreading beyond the compound.

The protest erupted on Sunday following the death of a Nepali factory worker from high fever, allegedly because the management had been slow in sending the worker to hospital.

Yesterday, the protesters demanded higher wages.

Bangladeshi Jinur Biswas, 26, said the workers wanted their wages increased from RM420 to RM546 per month.

“We also want the company to provide a mini-clinic within the compound and to pay about RM25,000 to the family of any worker who dies here,” he said, adding that prompt action was needed to aid any sick worker.

He also said the company had not been paying the workers overtime.

“Even if we worked 12 hours, they would pay us only two hours of overtime,” he said.

Johor Baru (South) OCPD Asst Comm Zainuddin Yaakob said the workers dispersed at about 5.50pm.

“Federal Reserve Unit (FRU) personnel were stationed there to restore calm at the quarters. They did not discharge their weapons or felt the need to fire water cannons,” said ACP Zainudddin.

He added that a representative from the workers would meet their agents and the factory’s management today to discuss the problems.

“The meeting will be held at 11am at the management office in the Tebrau Industrial area,” he said.

p.s Company ni pernah offer kat rangkaian klinik aku untuk jadi panel. Tapi setiap seorang dihadkan Rm18 sahaja untuk sekali rawatan. Nasib baik aku tak terima...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan