Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Aku dan pemeriksaan CKAPS(3)

Imej
Persiapan seminggu berakhir tak sampai pun 5 minit.

Kira2 jam 10 pagi, sepasukan staf daripada KKM yang diketuai oleh seorang doktor dan 3 orang yang lain datang menyerbu klinik aku. Rasanya mereka tersangat kagum dengan keadaan dan suasana diklinikku menyebabkan mereka beredar tak sampai pun 5 minit. Semuanya berada dalam keadaan sempurna terutama kebersihan, ruang farmasi, bilik rawatan, peti sejuk menyimpan vaksin, rak2 dan perlabelan ubat2an. Selain melihat APC terbaru aku, mereka langsung tak tengok paperwork2 yang bagai nak mati aku dan staf aku sediakan.

Sebelum balik aku bertanya mereka,
" Ada apa2 yang boleh saya perbaiki?"
" Rasanya takda cuma awak perlu buat daftar pesakit yang awak rujuk ke hospital."
" Rasa2nya, bila lagi nak buat lawatan?"
" Kalau datang pun, mungkin atas tujuan yang lain."

Ini bermakna aku dah lulus. Barulah boleh berfikir untuk buat benda2 lain. Hari ini merupakan hari terakhir salah seorang stafku. Esok dia akan bekerj…

Aku dan DUN Galas

Aku bukannya penyokong PAS.
Aku juga bukan penyokong UMNO.
Tetapi jika kerajaan sekarang benar2 jujur dan ikhlas
memperjuangkan nasib bangsa,
UMNO tak perlu bertanding di DUN Galas ini.
Jimatkan duit rakyat.
Jimatkan masa.
Jimatkan tenaga.
Biarkan Pas memerintah sehingga pilihanraya akan datang
yang rasanya tak berapa lama lagi.
Segala wang jutaan ringgit dan masa yang akan terbuang
bolehlah digunakan untuk hal2 lain yang berfaedah.

Tapi aku tak yakin UMNO akan mengundur diri.
Ego UMNO terlalu besar untuk menyokong cadangan PAS.
Ramai pemimpin2 UMNO yang dah berkira2 nak jadi calon.
Jika UMNO tak letak calon pun,
akan ada ahli2 politik yang bercita2 tinggi
sama ada dari UMNO, PKR malah DAP
akan menawarkan diri menjadi calon.
Logo kunci ke, basikal ke, cangkul ke tak kisah.
Janji boleh jadi calon dan jika nasib baik, boleh jadi YB.
Ada pencen beb!
Stay out for Malay unity, PAS tells BN KOTA BARU: A PAS leader here is proposing that Barisan Nasional forgo contesting the Galas state se…

Oh! Kereta kakak iparku

Imej
Kakak iparku accident pagi ini. Keretanya dilanggar lori pasir di persimpangan berlampu isyarat sebelah Tesco Kulai. Aku tak nak cerita apa yang berlaku dan siapa yang salah. Yang aku nak cerita ialah rentetan cerita selepas kemalangan.

Kemalangan adalah satu perniagaan. Semuanya melibatkan transaksi ribuan ringgit. Nak tukar bumper pun boleh kena ribu2 kalau claimed insurans. Benda2 yang tak terlibat pun boleh diganti jugak. Kita bukannya tahu pun kalau mereka claimed lebih2. Yang kita tahu kereta siap, nampak cantik dan boleh dipandu semula.

Beberapa minit selepas kemalangan, agen2 tow truck dan bengkel2 kenderaan mesti sampai dulu. Seolah2 mereka ada pasang CCTV kat setiap simpang dan jalan yang selalu berlaku kemalangan. Bila mereka datang, mereka berlagak seolah2 merekalah umat manusia yang paling baik sekali. Semua benda nak ditolongnya. Kalau boleh pintu kereta nak dibukaknya. Padahal mereka nak cucuk jarum dan memujuk supaya hantar baiki kereta kat bengkel mereka. Semua benda j…

Aku dan jari ke-11

Imej
Ada komen?

Aku dan Open House 2010

Imej
Suasana sambutan hari raya di rumahku pada malam Sabtu yang lalu. Semua gambar di ambil oleh anak sedaraku yang sedang dilatih olehku. Boleh tahan jugak gambar2 yang diambilnya. Ada harapan jadi photographer.

Aku dan pemeriksaan CKAPS(2)

Imej
Salam sejahtera dan berjumpa lagi.
Aku dah kembali daripada bercuti.
Bukannya pergi makan angin, honeymoon atau buat umrah.
Aku cuti daripada menulis blog semata2 nak prepare untuk pemeriksaan klinik esok.
Rasanya segala2nya dah siap sedia.
Setakat nak dapat 75% markah boleh sangat dah.
Sebab itu aku berani bukak blog hari ini.
Dah gian dan tak tertahan nak menulis cerita2 dalam blog aku ini.
Idea tengah banyak ni...

Aku cuti seminggu

Perhatian!

Tuanpunya blog ini bercuti sehingga 30 September.

Jumpa lagi bulan depan.

Semoga segala2nya berjalan lancar.

Salam.

Aku dan pemeriksaan CKAPS

Tengah depressed ni. Sedang aku rehat2 sambil fikir2 pasal Majlis Jamuan Hari Raya hujung minggu ini, ada pulak yang berani kacau mood aku. Ada staf daripada pejabat kesihatan negeri telefon pagi tadi. Dia kata geng penguatkuasaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri nak buat lawatan pasca-pendaftaran kat klinik aku hujung bulan ini. Habis spoilt mood raya aku. Nak buat jamuan hari raya pun dah takda selera dah. Aku baru aje hantar jemputan kat kawan2. Takkan nak kansel kot?

Aku memang dah agak mereka akan datang ke klinik aku. Tapi kalau ye pun, tunggulah raya habis dulu. Klinik2 sekitar memang dah lama didatangi oleh mereka. Walaupun mereka tak akan kenakan denda atau tarikbalik lesen, tapi sekurang2nya aku kena gak bersedia apa yang patut. Kalau tidak panas telinga nanti dengar bebelan mereka. Tahu2 ajelah makcik2 kerja kerajaan ni. Kalau bab cari kesalahan memang cekap punya. Aku benci betul nak buat dan siapkan paperwork yang patut. Standard Operating Procedure, Organization Chart,…

Aku dan Ubat Selsema

Imej
Ingat cerita aku pasal ubat selsema yang mengandungi pseudoephedrine?

Kerajaan dah membenarkan penggunaan semula ubat ini tetapi dihadkan pada jumlah yang pada aku memang munasabah. Dah lebih 4 bulan aku tunggu ubat ini. Selalunya pesakit2 aku makan ubat aku 2-4 biji dah baik tapi sekarang habis sepapan pun tak baik jugak selsema mereka.

Harap2 hujung bulan ini atau bulan depan aku dapat stok aku. Tak payahlah pening kepala aku nak beri ubat yang bersesuaian.


Aku dan Antivirus

Imej
Dah lama wife aku komplen pasal Netbook dia yang semakin hari semakin lambat. Aku tahu sebabnya. Netbook tu cuma ada antivirus AVG yang aku download percuma dan jarang diupdate. Jadi, bila anak2 yang pakai dan berjalan2 dalam laman sesawang sana sini, maka banyaklah virus2 jahat yang mengikut mereka balik.

Entah kenapa tergerak pulak hari ini nak cuci2 dan tolong bersihkan apa2 yang patut. Ia bermula bila aku terjumpa antivirus Kaspersky yang aku beli tahun lepas dalam laci aku. Tahun 2010 dah tinggal 100 hari lagi baru aku sibuk nak guna? Bukan sengaja tapi kesibukan menyebabkan aku lupa kepada perkara2 yang sebegini. Dan seperti dijangka, ada beberapa trojan dah melekat dalam netbook wife aku.

Petang ni aku diberitahu blog yunusbadawi dah kena serang dengan virus malware. Aku dihalang daripada pergi ke blog dia. Bagaimana dan kenapa jangan tanya aku. Aku bukan pakar komputer. Tapi rasanya ada makhluk2 yang tak kelihatan tapi berkepentingan nak menyebarkan virus2 baru untuk keuntungan …

Aku dan Menu Hari Ini

Imej
Sotong Masak Sambal,


Kangkung Goreng Belacan,


Ikan Cencaru Bakar cicah dengan Sambal Kicap.



Ini menu tengahari semalam. Aku kena masak lagi. Kali ini untuk sahabat aku Mr Neil yang datang beraya dan bermalam di rumahku. Kesian dia duduk sorang2 kat Singapura. Makan tak sedap, kawan takda dan semuanya mahal2. Kawan karib dia ialah PSP console dan Iphone 3G yang baru dibelinya.

Ini pengorbanannya untuk menjadi seorang Pakar Bedah Colorectal. Tinggalkan kampung, tinggalkan anak yang baru berusia 8 bulan, tinggalkan isteri, tinggalkan kereta Estima yang baru dibeli semata2 kerana nak mengejar ilmu pengetahuan dan mencari pengalaman baru.

Aku tabik spring kat dia. Dia kata dia nak stay dengan government sampai pencen. Alhamdulilah. Tak ramai doktor yang setia dan cekal sepertinya. Hujung tahun ini jika tiada aral melintang dia nak sambung belajar di Australia pulak.




Aku dan sarapan pagi

Imej
Lama tak kena Teh Tarik dan Nasi Lemak. Dah lebih sebulan dah tak duduk kat kedai mamak.

Untung aku duduk kat Malaysia. Nak makan senang. Nak cari yang halal lagi senang. Kesian kat kawan2 yang duduk kat Singapore dan Australia.

p.s Kesian ke jealous?

Aku anti-Israel

Imej
Aku akan cuba mengurangkan penggunaan dan pembelian barang2 berjenama seperti di atas. Anda bagaimana?

Aku dan projek hari minggu

Imej
Pokok ini aku dapat free daripada Ezanee. Ada rumah contoh di kediamannya telah membuang pokok cycus yang berharga ini begitu sahaja. Kata abang ipar aku yang pernah bekerja di nurseri, pokok ini berharga mencecah ribuan ringgit untuk saiz sebegini. Pokok ini lambat membesar, tahan lama dan mudah dijaga.

Baca artikel dibawah untuk cerita selanjutnya mengenai pokok ini.



Cycas revoluta, one of the most primitive living seed plants, are very unusual and popular ornamentals. A rugged trunk, topped with whorled feathery leaves has lead to the common name "Sago Palm", however it is actually related to conifer and Ginko trees - all cone bearing plants which trace their origins back to the ancient flora of the early Mesozoic era. Often called "living fossils", Cycads have changed very little in the last 200 million years.

While various species of Cycads can be found throughout the world, the subtropical C. revoluta is native to the Far East and has been used as a choice conta…

Aku dan Disebalik Pembunuhan Soosilawati

Ini bukan kisah pembunuhan Datuk Soosilawati dan 3 rakannya. Ini sinopsis filem Tamil yang pasti box office bila ditayangkan. Lawyer antagonis yang zahirnya rakyat contoh dan sentiasa berbakti kepada golongan susah rupa2nya musang berbulu ayam. Polis tempatan juga bersekongkol dengan lawyer untuk cover line kejahatan2 dia. Tambah kisah pembunuh2 upahan yang sanggup membunuh dengan upah yang rendah dan tanpa belas kasihan. Mayat2 kemudian dibakar dan abunya dilupus ke dalam sungai. Juga ahli2 perniagaan yang hilang tanpa berita. Title Datuk yang boleh dibeli untuk mengaburi masyarakat. Kemudian barulah timbul sepasukan polis yang cekap dan berdedikasi. Yang kerja siang malam tanpa hirau keluarga dan Hari Raya. Dan harap2 kesudahannya bukan pasukan pendakwaan yang bentang kes sambil lewa dan penjenayah terlepas atas isu2 teknikal. Masa tu hero kena jadi hakim. Ini dah kena buat sekuellah pulak. Tapi ini sinopsis filem khayalan ye? Bukan betul2.
Matters we need to redress
On The Beat by…

Aku dan Menu Hari Ini

Imej
Siakap Tiga Rasa

Ayam Goreng Kicap Berhalia

Sayur Campur

Nak resepi?

Aku dan M. Rajoli

Imej
Al-Fatihah.

Pelakon M. Rajoli meninggal dunia September 17, 2010 KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu. “Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya. Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah “bintang yang sentiasa menyinar”. M. Rajoli (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007…